Kawasan Larangan

16 01 2009

jangan-buang-kucing-di-sini

ANDA berada di kawasan larangan membuang kucing. Sila patuhi etika kemanusiaan dan kebinatangan. Dilarang membuang kucing di sini. Kerjasama anda semua amat dihargai.

“Abah, nampak tak apa yang saya nampak?” tanya saya sebelum keluar dari perut kereta. Abah pandang sekeliling, tapi gagal mengesan apa-apa perubahan.

“Saya nampak. Ada perempuan pakai baju warna pink tu. Beberapa saat yang lalu…”

“La… patutlah ada kotak satu lagi depan pintu kita. Abah pun pelik juga…” akhirnya abah juga menyedari.

SEJAK memang diketahui umum bahawa keluarga kami ini ‘mesra-kucing’, malah di kedai gambar kami pun, macam-macam aksi kucing jadi modelnya, maka mulalah kami dijenamakan sebagai; nurseri kucing – pembela kucing – klinik kucing – tempat buang kucing.

Semenjak dua ini, selalu saja saya sempat menjejaki suspek yang melakukan jenayah pembuangan haiwan (kucing) di rumah/kedai kami. Bulan lalu, seorang (yang dirahsiakan namanya) dengan suka-suka-hati-dia-saja memberi arahan begini kepada rakannya; “kau letak je kucing tu kat kedai sebelah…” (ekoran daripada seekor binatang yang kuat benar mengiau di ‘tempat mereka’).

Waktu itu di ‘kawasan kami’ memang sudah ada ‘kucing ibu’ yang sedang berpantang lepas bersalin 5 ekor anaknya. Maka, semakin gamatlah keadaannya. (perkhidmatan mengurut ibu kucing selepas dan sebelum bersalin pun ada juga biasanya.)

Bukan hendak marah atau apa, cuma kekadang; “suka-hati-mereka-saja” membuang-buang di tempat kami. Kekadang, masalahnya sebab kami ini tidak cukup kaki tangan untuk menyelenggara anak-anak dan ibu-bapa kucing yang terbuang itu. Tidak diselenggara, tidak sampai hatilah sangat. Jadi, berpada-padalah ya.

Namun, selain kes jenayah ‘pembuangan’, kami juga sering menjadi mangsa jenayah ‘kecurian’ yang dilakukan oleh para manusia tidak bertanggung jawab yang ‘suka-hati-dia-saja’ mencuri ‘ahli keluarga kami’. Tak baik tau! (Mak kata, nanti mak nak tuntut di akhirat siapa yang curi kucing kami tu).

Mencuri adalah satu kesalahan. Patut dihukum! ~Tapi, kalau curi hati?~

Berbuat baiklah kepada semua yang Allah hadirkan untuk kita. Siapapun mereka. Selagi bukan namanya musuh (yang wajib diperang), maka berbuat baiklah. Bersangka baik dan ikhlaslah selalu. Semua itu rahmah.

Tapi awas! Jangan pula ‘berbuat baik’ dengan apa-apa yang dianjurkan oleh “Musuh Yang Paling Wajib Diperangi” yang berada dalam sanubari kita itu pula. Sekuat laung untuk boikot Israel, kuatkanlah juga ‘laung’ untuk boikot nafsu dan syaitan yang bakal menjanjikan sebesar-besar jihad itu. Sahutlah jihad terbesar ini! Allahuakbar!

 


Tindakan

Informasi

7 responses

17 01 2009
aNaK sOlEhAh

sy pencinta kucing…umh sy pn dh mcm zoo kucing dah…tp best!! hahaha…skang ade baby kucing yg tembam…:D

18 01 2009
Lilah

Wah, Sarah suka kucing! Ainaa suka kucing! Kak Iman pun suka binatang! Dila pun suka haiwan! Korang semua ni bersifat kebinatangan la! hehe..

18 01 2009
ainaamardhiah

A’ah, sebab Lilah bersifat ‘kecomelan’, secomel nama “Ija”

hehe

“Ija Lilah Sang Comel”
😛

20 01 2009
aNaK sOlEhAh

Huhuhu…smpi hati kak lilah kate otomen cmtu…malas r kwn raksasa…xnk main lwn2 da…

20 01 2009
ainaamardhiah

Alahai Siti Sarah seorang ini,

Kamu semua ini apa sudah jadi ‘pahlawan’kah, semenjak seni silat bertapak di tanah ibn Kholdun sana? 😀
Bukan main lagi ‘berlawan-lawan’ ya…

~ kalau disokong sama dengan biro kebajikan, tentu sudah dikurnia anugerah ‘pahlawan gaban’ barangkali 😀

(lilah cerita, ‘gaban’ macam ‘otomen’ juga…) 😉

20 01 2009
Lilah

La, Sarah tak gembira ke akak kata Sarah bersifat kebinatangan? Ainaa gembira je. Kalau Sarah tak nak main lawan-lawan, siapa yang nak kalahkan raksasa ni? Isk.

Ainaa, kami memang menjadi pahlawan dah. Tapi, tak ada kena mengena dengan silat ataupun punpahlawan gaban. Kami ni pahlawan otomen, macam cerita otomen taro tu. Ceritanya begini, Otomen ni bangun lewat. Raksasa danh panggil beberapa kali, tapi dia tetap tak nak bangun. Maka, raksasa bertindak nak menyerang otomen ni. Tiba-tiba otomen dia fire raksasa (lengan kanan ditegakkan dan lengan kiri dimelintangkan berada di bawah siku kanan). Masa tu raksasa kalah. Namun selepas itu….. bla bla… hehe, kesian Ainaa punya ruang blog :p

20 01 2009
aNaK sOlEhAh

huahuahuahua…xpasal…KAK LILAH !!!! jgn la citer kuat2..!! malu r hobi kita selama ni org dah tau…huhuhu..

-raksasa mmg selalu kne ‘fire’ sbb asek kaco org je..n otomen slalu menang…!!!

-makin nakal ye raksasa ni…siap la…nk kne sembelih ni…kasi ‘fire’ smpi rentung…

-nntikan sambungan kisah otomen taro dgn raksasa yg plg jahat…hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: