Demam?

31 12 2008

betul-ke-demam-ni?
PANAS? Boleh tahan juga. Demamkah? (buat muka sepuluh sen). Sebenarnya ada beberapa perkara yang belum dapat disiapkan minggu ini. Bila didesak supaya dapat siapkan, jadi semacam demam pula. (tambah lagi, berkecil hati dengan orang semalam itu – La… merajuk ke?). Buat biasa-biasa saja. Boleh?

Kenapalah senyap sahaja. Ok, nanti kita turun beli ‘cokelep’. Ok?

Angguk. Masih lagi senyap.

“Dah… dah. Pegi masak. Sikit lagi abah naik, nak makan tengahari. Masak, ya… boleh?”
“Baiklah.”

“Emm… nak makan ‘cokelep’lah.”
“Ok. Petang karang kita beli, ya. Ok?”
Angguk.

ย 

~hanya sebuah monolog dalaman yang tersembul pula ke paparan Melati Jiwa gara-gara ‘demam dalam hati’ yang kononnya ingin dirahsiakan, tapi…~

Berusaha!

ย 





Kawan Karib (II)

29 12 2008

ug4-1

HENDAK menulis, namun seperti tak tertulis pula. Ada urusan pelbagai yang menghambat supaya didahulukannya. Walaupun begitu, sebenarnya roh menulis itu tetap ada. Projek penulisan? Oh, masih sangkut dan moga dapat berjalan dengan jayanya (jangan minit terakhir saya terpaksa menolak lamarannya… – oh, tidak!). Saya akan berusaha untuk penuhi. Doakan saya…

Rentetan episod yang lalu; Kawan Karib (I). Saya telah menoktahkan cerita fasal merajuk dengan Azian. Juga tentang Fizzah.

Sambungan;

Baru-baru ini, saya bersama sahabat yang bernama Farah Hanan Aminallah, (dan individu yang terbabit) pergi mengikuti kursus Pra Perkahwinan di resort dekat dengan rumah saya. Boleh jadi, waktu itu adalah kali kedua saya bersama Farah dengan jangka waktu yang lama sejak 3 tahun lebih tidak bersua. Kali pertama jumpa dan bersembang agak lama adalah bila Farah baru pulang cuti dan bertandang ke rumah. Jadi, gara-gara terlalu lama memendam rindu dan cerita antara dua insan ini, saya jadi susah benar hendak berhenti bercakap dengannya. Meskipun kursus itu mengambil masa 2 hari, namun masih tidak mencukupi untuk kami saling bertukar cerita (walhal setakat yang saya kenali, saya adalah antara manusia yang paling tidak berkenan bercakap-cakap di belakang ketika menghadiri seminar atau ceramah atau apa-apa yang perlu diberi perhatian di hadapan, namun bila Sang Farah ini ada di sebelah, mulut jadi gagal dikunci). p/s: Jangan tiru aksi ini.

Seingat saya, kami mula rapat bermula darjah 4. Farah satu kumpulan dengan saya (termasuk juga si Nurul Aina (kembar nama), Nadzrul Shah, Salihin dan Hanif.) Dulu-dulu lagi, Farah selalu kena gastrik. Kekadang pucat saja mukanya, lalu perlu ke hospital. Kasihan sahabat saya seorang ini. Farah baik, nampak pendiam tapi dengan saya, mulut dia jadi banyak juga. Boleh tahan. Seorang yang manis sangat. Kekadang, seronok juga saya mengusik gadis ini. Ahah. Saya pun tidak pasti kenapa saya berkenan sangat dengan budak cerewet ini :-D.

Ketika waktu makan dalam kursus baru-baru ini, suka saya tengok Farah lama-lama. Iyalah, inilah dia orangnya yang selalu teman saya makan keropok di kantin (macam Fizzah juga). Dari bangku sekolah rendah, hinggalah sekolah menengah; menu keropok di kantin sekolah jadi antara ‘kegemaran’ kami. Kekadang kami pergi borong keropok dan jambu batu yang diletak asam boy dengan pak cik di pagar masjid sebelah sekolah bila petang-petang ada kelas taek-won-do. Wah, nikmat sungguh bersahabat.

Namun, bila tingkatan 4, saya sudah mula berpindah ke sekolah di daerah lain โ€“ Jerantut. Kami sudah jarang punya waktu bersama, meskipun dahulu kami selalu selalu benar berahsia dan kongsi cerita. Kekadang, abah bising gara-gara bil telefon rumah melambung. Memang benar, waktu untuk bersama di sekolah pun tidak mencukupi untuk kami berbicara, hingga ‘terpaksa’ bersambung dalam telefon pula (padahal, esoknya di sekolah dapat jumpa lagi).

Dulu-dulu, hampir tiap pagi saya akan dapat bunga. Itupun kalau si pemberi bunga itu ‘lewat’. Tahu sudah. Sahabat saya seorang ini, Siti Nur Sharbanu Azmi namanya. Tiap kali dia terlewat (bermakna saya terpaksa menunggunya dan mungkin telah terlepas satu dua buah bas ke sekolah), dengan tersengih-sengih dia akan menghulurkan sekuntum bunga pada saya. Jadi, tidak jadilah saya mahu marah. Tapi, kekadang, saya pula yang lewat. Aha, sungguh setia Banu menunggu. Kami satu perumahan yang sama. Cuma rumah Banu di lorong belakang. Farah pula di perumahan yang lain. Jadi, selalu sahaja pergi balik dengan Banu. Kekadang, ada masa kami ke masjid petang-petang untuk mengulangkaji pelajaran (‘study’ lah sangat). Bila Farhana (yang baru-baru ini melahirkan seolah Abdullah Fahri itu) berpindah ke taman perumahan kami, geng kami pun bertambahlah.

(tak habis lagi, tapi mahu berhenti sebelum laksa pahang yang kami buat tadi habis) ๐Ÿ˜€

bersambung…





Pagi Yang Ceria

28 12 2008

dec-28-08-inderapura

BOLEH tahan juga aktiviti pagi ini. Seperti semalam, cuma bezanya hari ini bawa kamera bersama. Sempat juga dalam jarak dua tiga (atau mungkin empat) kilometer berjalan kaki melihat alam (flora dan fauna), ‘menembak’ apa yang dirasakan patut. Seronok juga sejak agak lama tak punya masa untuk mengambil gambar sambil jalan-jalan bersenam. Bezanya kali ini berdua dengan mak. Selalunya kalau buat projek ‘menembak’ semacam ini, biasanya berganding dengan abah. Namun, semenjak dua ini abah masih tidak berapa sihat. Usai selesaikan sarapan untuk abah, kami berdua pun mula berjalan sehingga ke Taman Tasik Inderapura โ€“ berjalan dua tiga pusingan sambil meninjau-ninjau burung-burung pagi yang keluar mencari rezeki. Sempat juga mengambil gambar tiga empat jenis burung, termasuklah burung raja udang coklat (semacam merah). Semalam kami nampak dua ekor raja udang biru di parit sebelah jalan besar, tapi silapnya tidak ada kamera pula.

Subhanallah, Maha Sempurna Allah SWT menciptakan sekalian alam ini.

Semenjak mak mengalami hipertensi yang agak membimbangkan, kami mula merubah sedikit sebanyak cara pemakanan, juga bersenam bila cuti hujung minggu. Jadi, aktiviti kekeluargaan bertambahlah. Secara tidak langsung, saya juga turut terlibat dalam program kesihatan ini. (kalau tidak, tentu culas untuk keluar berjoging pagi-pagi).

Namun, gara-gara ketekunan mak menjalankan aktiviti senamannya yang tampak konsisten itu, selalu sahajalah saya perlu kejar mak kerana ditinggalkan jauh ke belakang. Apa tidaknya, bila mak sedang bersenam, saya juga sibuk mengamati-keindahan-alam dari lensa kamera. Jadi, sempatlah terpaksa berlecak, lalu mulalah air masuk ke dalam kasut dek mahu tangkap gambar burung. Paling tidak pun, akhirnya berlari anak mendapatkan mak, โ€œmak… kerengga gigit saya…โ€ lalu, baharu jalan jadi cepat. Minta mak pegangkan kamera dan menghukum mandatori sang kerengga yang telah menceroboh masuk ke dalam baju. Bisa juga kena gigitannya. ๐Ÿ˜ฆ

bersama-bonda
(Tidak sempat mahu muat naik gambar-gambar tadi, ini saja yang sempat) Kami mahu bersiap untuk ke kenduri kahwin saudara Alias Baharom di Kampung Parit, Pekan. Senior saya tika di Morocco dulu. Selamat pengantin baru buat Abang Lias dan Abang Mie (semalam, maaf tak dapat hadir) serta pasangan masing-masing. Moga diberkati hingga ke syurga. ๐Ÿ™‚





Lilah saya…

27 12 2008

ala... x ready lg...

DARI luar jendela, hujan masih lebat membasahi bumi. Malam jadi pekat. Syahdu saja terasa. Lalu jiwa mula dihambat rindu. Baharu tadi dapat ‘bertemu’ Khadijah Khalilah di Yahoo Messenger. Mahu bersemuka, berdakap dan bersama; jasad terpisah antara benua. Cukuplah bertemu secara maya buat mengubat rindu di kalbu. Terasa lama benar tidak bersua, usai terpisah kerana juang dan ilmu-Nya. Moga kita sama-sama cemerlang dunia akhirat, sahabat!

Khadijah Khalilah. Teman sebilik, sebelah meja, sebelah katil, sebelah almari, setalam makan, dua kepala, empat tangan, empat kaki (bukan berkaki empat), dua jiwa, satu persahabatan.

Lama tidak merisik khabar Lilah saya ini. Di hujung khabaran baharu tahu sahabat saya ini diserang lelah dek cuaca sejuk di Morocco sana (Rabat lah). Kalau dulu-dulu, selalu sahaja Lilah (selaku warden merangkap ketua kebersihan sejagat) akan memaksa saya memakan ubat. Bila tiba musim sejuk, mudah benarlah saya diusik lelah, batuk, demam dan yang berkaitan. Maka, sahabat saya inilah antara yang paling prihatin dan sangat baik hati ‘merawat’ pesakit luar kawalan di Salsabiela sana. Kekadang, tatkala liat mahu ke farmasi (juga gara-gara ‘ikat perut’ atau ‘kurang bajet’) sedar-sedar Lilah sudah belikan ubat lalu disuruhnya makan. Terima kasih, sahabat. Haru.

Bila malam-malam, kami selalu ‘pillow-talk’ sama-sama. Kadang-kadang sampai larut pagi. Ada sahaja yang ingin dikongsi, teman bicara. Ada masa kita ketawa bersama, juga menyeka air mata yang mengalir di pipi seorang sahabat. Susah senang kita harungi. Adatlah hidup penuh pancaroba, kelemahan dan kekurangan, juga kelalaian buat kita terjerumus melakukan kesalahan, namun sahabatlah cermin yang bersuara. Mengingatkan kita mana yang salah dan benar, lalu dari situ sebenarnya simbahan kasih sayang, meskipun tidak dapat kita lihat dengan mata; kerana layaknya dirasai dengan hati.

Buat Khalilah saya; moga cepat sembuh. Moga sentiasa ceria dan tenang selalu. (Lilah kalau senyum, cantik sangat, boleh jadi model Colgate) ๐Ÿ˜€

Benarlah sahabat, kekadang kita berkongsi mimpi yang sama dalam tidur yang rindu.

~Tiba-tiba rasa nak melepaskan bicara di Melati Jiwa pula sebelum minum susu panas dan masuk ke kamar, tidur dan mahu mimpi sahabat…~

Rindu kamu.

(ok Lilah… 1, 2 mula!)

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu…

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu…

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu…

~ Sudirman, Merisik Khabar.





Rokok pula…

26 12 2008

040607-antirokok

INI sudah kali yang ketiga! (atau lebih). Rasa seperti putus nyawa gara-gara terpaksa menahan nafas dari panahan asap rokok yang menyesakkan itu. Mungkin sudah berjodoh saya kerap benar perkenan naik bas yang sama dari Pekan ke Kuantan saban pagi. Memandangkan saya turun di terminal lama, selalu sangatlah jadi orang terakhir turun bas. Jadi, bila tinggal saya seorang sebagai penumpang dalam bas pagi itu, mulalah konduktor dan pemandunya memasang ekzos dari dalam bas. Berkepul-kepul dan mulalah saya (naik mual) menahan nafas dengan apa cara sekalipun.

Hari ini kebetulan saya duduk di kerusi pertama hadapan pintu. Bilamana koduktor itu menghembuskan asap rokoknya, segar-bugar menerpa ke rongga hidung saya. Tuhan sahaja yang tahu. Melontarkan pandangan ke bangunan-bangunan di tepi jalan, mendongak langit bumi sambil rasa seperti mahu menyanyi lagu “malam… bulan dipagar bintang…” dendangan Allayarham Tan Sri P Ramlee yang diduet dengan Saloma (kononnya sedang bergumbira tanpa meneruskan gerutu panas dalam hati geramkan dua orang manusia yang sedang enak menjamah makanan jin itu).

Kenapalah susah sangat hendak menerima bahawa rokok itu haram? Sama sahaja seperti arak dan yang sewaktu dengannya. Kalaupun mahu tegakkan benang basah, mahu halalkan dengan makruh, apa suka benar puak-puak ini buat apa yang Allah benci? Kalau benci itu dari mak ayah, atau kekasih pasti tak keruan jadinya; usah buat, niat pun tidak mahu. Tetapi bila perbuatan itu mengundang kebencian/kemarahan Tuhan… sardin saja muka seperti tiada apa-apa. Entah bilalah manusia nak berubah. Tidak ada faedahnya merokok; dapat dosa lagi adalah. Bukan si perokok saja, malah orang yang jadi mangsa macam saya ini pun boleh berdosa sama gara-gara hati mengutuk, marah-marah pada mereka. Tak fasal-fasal saya pun sama buat apa yang Allah tak suka – marah dan tidak sabar.

Teringat dulu, masa zaman sekolah menengah (sejak sekolah rendah juga), berulang-alik dengan bas tiap hari ke sekolah. Sekolah pula perempuan semua (macam anti lelakilah sikit waktu itu). Bila balik sekolah selalu terpaksa berasak-asak dengan budak sekolah lain. Tak kena gaya, terperuklah kami ke belakang dalam bas sardin. Al-maklumlah belah belakang ini zon budak-budak lelaki; bising-bising, suka kacau budak perempuan dan merokok.

Pernahlah beberapa kali dek kena tegur-tegur oleh sang budak lelaki yang besarlah dari saya (yang waktu itu tingkatan 2 atau 3, mungkin dia tingkatan 4 atau 5). Gara-gara dia tanya-tanya nama dan saya membisu lagi membatu, dia hembus asap rokok ke muka saya, lalu ketawa bersama-sama teman-temannya. Memang tahap melampau punya laknat dalam hati ini. Tapi agaknya marah sangat sampai tak terkata, saya rasa macam termenangis. Pantang betul dengan rokok. Rasa semput semacam nak mati.

Kepada sang perokok di luar sana, berhentilah buat apa yang sudah jelas-jelas diharamkan itu.

(11.18 pagi, AMS Gambang, sambil menunggu kereta di sekolah memandu yang dihujan sejuk).

– entri ini ditulis semalam, tapi baharu sempat dipos hari ini.





Kerana Coklat

24 12 2008

cokelep

RASA merajuk dengan Pesona Peribadi. (memang salah saya asalnya โ€“ gara-gara mahu sangat makan coklat lewat malam tadi, merebahkan diri di pembaringan, mencapai Pesona Peribadi lalu menaip agenda terpenting 24hb (hari inilah, berkuatkuasa jam 8 pagi) adalah = membeli coklat.

Usai mencatat peringatan penting itu, saya membelek tarikh-tarikh lain. Rupa-rupanya saya telah tersilap ‘save’ dalam ‘folder‘ yang lain. Untuk mengubahnya, saya dengan gatal jari telah memadam sekalian agenda yang sebelumnya. Ah, habis sudah segala tarikh penting yang dicatat sejak di Morocco terpadam! Licin! Rasa terpana dan cuba tidak mahu rasa-macam-nak-berair-mata. Lalu saya dengan canggung sekali buat-buat sibuk sehingga mematikan telefon bimbit buat seketika. Kononnya tiada apa-apa berlaku.

Namun, tanpa disedari sebenarnya saya masih mencuba-mencuba kalau-kalau masih perkenan ‘undo’ atau menyelongkar ‘tong sampah’. Namun, terlajak padam, memang tak sama seperti terlajak perahu. Lalu dengan jiwa yang bergelora dan cuba ditenangkan, saya dengan jauh hati telah meminggirkan Pesona Peribadi dari kamar peraduan, berkalih dan tidak mahu menatapnya lagi. (buat waktu itulah). Sejurus, menekup muka dengan bantal dan cuba buat-buat tidur. Namun, naluri berbisรฌk, ‘salahkah saya nak makan coklat?’. Urmm… sedihnya. Pejam mata.

Pagi ini, selesai hantar mak kerja dan menguruskan satu dua perkara di bank, segera saya menyinggah ke 7-Eleven. Tanpa teragak-agak, tangan ini telah mengambil satu bar coklat hitam dengan buah-buahan dan kacang (biarlah kecilpun, asalkan dapat hilang mengidam). (Ada banyak pilihan, namun memandangkan sedang pakai baju ungu, pilih saja yang sama warna โ€“ nampak sepadan saja) ๐Ÿ˜€

Dalam hati ini masih ‘bengkak’ lagi teringat data-data yang terpadam dalam agenda semalam. Tapi, tak mengapalah, dapat makan ‘cokelep’ rasa terubat sikit. (sikit sahajalah).

Pokok pangkalnya; itulah dunia. Dunia bukan untuk selama-lamanya kerana sifatnya yang sangat sementara. Jadi, kita bersederhanalah (tak jadi pula mahu beli coklat besar) dengan apa yang dipinjamkan di dunia ini. Bersyukur dengan nikmat dan ujian walau bagaimanapun keadaannya. Yakinlah, seindah manapun kenikmatan di dunia, di akhirat nanti lebih abadi.

Begitu jugalah jika nikmat yang ada disalah gunakan. Tentu sahaja azab di akhirat itu adalah suatu kedahsyatan yang tiada taranya.

Kembali kepada Allah.

(Alhamdulillah, dapat juga nikmat coklat) ๐Ÿ˜‰





Aufa dua bulan

23 12 2008

20122008_009_1

SEDAR tak sedar sudah dua bulan umur anak saudara seorang ini. Beberapa hari lalu umminya hantarkan MMS pengubat rindu ke Pekan Bandar Diraja ini. (Aufa kena gigit nyamuk, Mak Cik Sara letak bedak sejuk. Gambar ini diambil tatkala budak kecil ini sedang melangsungkan sejenis pekerjaan sambilan).

Rasa lama benar anak ini berada di Kuala Lumpur sana. (Ayong, kalau cuti, meh la balik Pekan). Yang dirindu jauh di mata, dekat di hati. (tapi sebelum tidur, dekat saja gambar Aufa di mata ni) ๐Ÿ˜€

Alamak, perut ini lapar sudah.

Jumpa kemudian – sudah tidak boleh tumpu untuk menaip.





Kawan Karib (I)

14 12 2008

zd242paddedted_pink

MASA kecil-kecil dahulu, tiba satu zaman yang mana kami ‘budak-budak-sekolah’ suka benar main tukar-tukar buku untuk tujuan koleksi ‘personal detail‘, ‘kenalilah diriku’, ‘biodata’ dan yang seerti dengannya.

Pada suatu ketika, sekitar tahun 1994/1995, keluarga kami telah berpindah daripada Kampung Marhum, Pekan ke perumahan Peramu Jaya 3, juga di Pekan. Cuma sekitar kurang lebih 10 kilometer. Maka, mulalah saya berpisah dengan orang-orang tersayang di kampung, termasuklah nenek, Tok Leng, Mak Darat dan Mak La. Rakan karib waktu itu ; Norazian Che Puzi.

Azianlah rakan sepadang, sepinggan, sebantal yang ke hulu hilir sama-sama. Rakan ketawa, menangis, merajuk dan sebagainya. Kalau pergi main parit atau berbasikal keliling kampung, alamatnya sama-samalah kami kena marah. Namun, budak nakal memang begitu. Tetapi hakikatnya, Azian tidaklah nakal, saya saja selalu merekrut dan mempengaruhinya supaya sama-sama berprojek nakal-nakal. Ah, sangat tragis. Sukar. Sebagai budak sekolah yang baharu hendak membesar dan mengenal identiti sendiri, perpisahan tika umur begitu sangat menyanyat hati dan menyeksa jiwa dan raga. (adegan yang pilu) ๐Ÿ˜€

Mula-mula saya di SK Peramu Jaya, saya rapat dengan seorang gadis kecil yang sangat sopan santun dan pendiam (walhal saya ini sangatlah banyak bercakap). Kami selalu makan keropok dan minum air sirap sama-sama di kantin. Entahlah, bagi saya, Nurul Fizzah Abdul Razak ini sangat baik orangnya. (malangnya sekarang saya tidak dapat menghubunginya).

Sejak berpindah, sekali sekala saya minta mak abah hantar balik kampung hujung minggu. Atau waktu cuti sekolah. Pada suatu petang yang kehujanan, kami tidak dibenarkan main di luar rumah. Jadi, berkumpullah saya, Azian dan beberapa orang sepupu sepapat di anjung rumah Mak Darat, di kampung. Aha…. kami menulis buku biodata. Main tukar-tukar.

Salah satu elemen dalam ‘kenali diriku’ itu selain makanan kegemaran dan hobi; sahabat karib. Maka saya dengan ‘angkuhnya’ (persis menunjuklah kepada Azian), saya katakan padanya โ€œEna dah ada kawan karib baruโ€ lalu saya pun menulis nama Fizzah. Azian diam saja. Kemudian, bila tiba Azian pula menulis biodatanya, sampai elemen yang sama, Zian pun berkata, โ€œZian pun dah ada kawan karib baruโ€ lalu dia menulis sebuah nama; yang pasti bukan nama saya. Pada ketika itu, saya mula mengalami bibit-bibit merajuk dan seperti-mahu-menangis. Aduh, cemburu yang teramat sangat. Saya (waktu itulah) bagaikan tidak boleh terima Azian sudah ada kawan baik yang lain. Namun, saya tidak berapa ingat berapa lama episod merajuk itu berlaku antara saya dan sepupu saya itu. Alahai Azian, tabah betul kamu menghadapi saya yang banyak kerenah ini :D. (Tapi, Azian sangat baik) โ€“ kerana yang nakal itu saya.

Kekadang bila teringat fasal masa dulu-dulu, rasa rindu sungguh untuk kembali bersama. Itulah indahnya ukhuwah dalam agama Islam ini. Kita dengan saudara seislam ini; bagaikan batang tubuh yang sama โ€“ satu anggota sakit, satu badan terasa demamnya.

Alhamdulilah atas nikmat persahabatan ini.

(nanti saya sambung lagi episod seterusnya โ€“ saya sudah sangat mahu makan laksa penang yang mak buat dari petang tadi. Tadi mak abah ke Kuantan, rasa tidak mahu makan sendiri, maka sekarang sudah sampai seru untuk saya makan sebelum Amin ‘menjamah’ kesemuanya…)

*Malam semalam disebabkan terlalu letih mengacau rendang, saya telah tertidur sebelum sempat makan malam, jadi sangat ‘teraniaya’ bila diulit sekalian mimpi ‘bab makan’ sehingga saya bagaikan benar-benar berada di gedung makanan. Langsung menjelang subuh, masih ada episod lain; mimpi Amin masak megi (mi ruski) yang ‘macam-best’, namun bilamana juadah itu mahu masuk dalam mulut, mak pun panggil bangun subuh. Aduh… moralnya, saya harus berhenti menaip sekarang dan bersegera ke meja makan bersama abah dan mak.

Bersambung…





Eid Al-Adha kali ini…

12 12 2008

f_53865251926m_11a8225
MAHUKAH kita berkongsi apa yang ada di langit samudera, untuk jiwa rasa di bumi?

Menjelang Hari Raya Eidul Adha baru-baru ini, kami telah berpeluang melihat hamparan langit dari tengah rumah ; memandangkan hujan lebat dan badai tiba tanpa disangka-sangka. Angin kuat yang menjelma sekitar 5 saat tengahari itu membuatkan 11 keping atap genting rumah kami tercabut dan sebuah kereta yang terparkir di hadapan kedai mengalami ‘kecederaan’ teruk di bahagian cermin hadapan = pecah. Selain itu, dua buah gerai burger telah terpelanting ke tengah jalan, di samping sebatang pokok telah tercabut di persimpangan masuk Taman Mentiga Jaya, Pekan. Maka, menjelang hari raya korban tahun ini, seangkatan ahli rumah pun berkorbanlah menyelamatkan harta benda merangkap ‘mangsa-banjir-rumah-kedai-dua-tingkat’. (Biasanya mangsa banjir mengalami ‘rumah naik air’, tapi kami mengalami ‘rumah turun air’ ; gara-gara hujan turun dengan lebatnya, tidak berhenti-henti menerobos atap rumah yang lompong menadah langit).

Sebelum sangat terlambat, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha buat semua pengunjung Melati Jiwa, maaf zahir dan batin. Moga lebaran ini meningkatkan lagi ketakwaan dan keikhlasan kita menuju-Nya.

(rasa-rasa seperti mahu menulis lagi, namun saya perlu turun ke kedai dan membeli ikan (lauk pauk dari laut/hidupan air) memandangkan satu rumah sudah ‘pusing’ dek pekena habuan daging yang melampau. Kelewatan ke kedai akan menyebabkan kami ‘terpaksa’ makan daging lagi – hari ini jumaat, pasar tutup awal)

Bertemu kemudian…