Taqwa 3 bulan

25 01 2011

“ASSALAMUALAIKUM…” dari ruang tamu, kedengaran suami tercinta memberi salam. Ibu cepat-cepat buka selak pintu, dan menyorok diam-diam di belakang daun pintu. Tunggu punya tunggu, cik abang tak juga melangkah masuk. Ibu tahan suara. Tiba-tiba, ada orang tiup celah pintu tempat persembunyian Ibu. Terkejut. Ketawa pecah. Ibu pun menjelma. Oh, rupa-rupanya ayah Taqwa sudah tercatuk di hadapan muka pintu sambil memengang ‘teddy bear‘ dan hamper Anakku. Senyum. Taqwa dapat hadiah lagi!

“Abang naik motor bawa ‘teddy bear‘?” – Ayah Taqwa hanya tersenyum. “Sebab itulah tak sempat beli ikan, takkan nak bawa anak patung pergi pasar”. Betul juga. Ibu pun lupa hari itu ayah Taqwa pergi kerja naik motor. Taqwa bangun dari tidur, semacam tahu-tahu saja ada hadiah untuknya. Tidak dilupakan, terima kasihlah kepada anak-anak homeroom ayah Taqwa atas hadiah ini. Banyak hadiah Taqwa!😀

Sedar tidak sedar, kita sudahpun berada di hujung bulan. Masih ada beberapa perkara yang belum sempat kami uruskan menjelang Februari ini. Semoga segalanya dimudahkan dan diberkati. Insya-Allah.

Minggu hadapan cuti Tahun Baru Cina. Taqwa pun hendak balik kampunglah jumpa atuk, nenek, moyang dan Ummi Yong dia. Cuti kali ni, kalau Ummi ada di rumah, senang sedikitlah ibu hendak keluar ke mana-mana (urusan fotografi contohnya). Ummi boleh tolong susukan Taqwa, maka ibu tidaklah terlalu kalut untuk perah susu dan buat stok dalam peti Tok Ma nanti. Waktu ibu ke luar daerah untuk sesi fotografi bulan lalu, sehari ibu bekalkan seliter lebih susu untuk Taqwa. Itu pun, nyaris-nyaris tak cukup walaupun ibu tinggalkan Taqwa dengan Tok Ma kurang 24 jam. (Dan ibu pun demamlah bengkak susu sebab Taqwa berjauh dengan ibu walau sekejap).

Walau apapun, moga cuti kali ini dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama kita. Bagi yang bakal melangsungkan perkahwinan dan pertunangan. Tahniah. Moga Allah berkati kalian hingga ke syurga.

Ibu nak masak kejap. Bertemu di entri akan datang.


Tindakan

Information

4 responses

25 01 2011
ayong

ape? nk tinggal kan Taqwa dengan Umi Yong?? Bolehhh!!!!
nk bawak balik terus ke Klang lah…hihiii

25 01 2011
ainaamardhiah

haha… awak tinggal Aisyah Bella dekat saya, bawak balik besut… kita tukar anak…😀

26 01 2011
ayong

tak bolehhh!!
~tiba2 sy nak sume anak2 itu!
‘Tamak Anak’
sayaaanggg anak2 umi!!

26 01 2011
ainaamardhiah

aha… kalau tamak anak, jom kita pregnen lagi… haha (mesti mak bising)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: