Diet Pemakanan Ibu Hamil

28 01 2010

Hari ini, genaplah satu bulan usia kandungan yang kerap buat ibu tidak sedap badan. Meskipun masih sangat awal, namun ibu sudah mula semakin penat lantas perlu meningkatkan kesabaran dan kekuatan. Terima kasih kepada suami tercinta atas sokongan dan semangat, atas segala-galanya. Terima kasih, abang.

Jesteru, dalam masa yang sama, ibu perlulah mengikuti diet pemakanan yang betul. Artikel di bawah adalah ditulis oleh Miey Ahmad. Moga bermanfaat buat ibu-ibu yang diharapkan sihat sejahtera selalu.

Pentingnya pemakanan sepanjang kehamilan.

Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat. Ini kerana semua makanan yang anda makan akan menjadi makanannya juga.

Antara zat yang penting dalam pemakanan ibu hamil ialah:

  1. Protein – meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
  2. Karbohidrat – Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
  3. Asid Folik – mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.
  4. Selenium – mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.
  5. Flavonoids – Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.
  6. Zat Besi – amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.
  7. Vitamin E – Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.
  8. Kalsium – kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil.
  9. DHA – DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

Doakan ibu dan baby sihat selalu, moga diberkati, dirahmati dan dimudahkan segala urusan.

Advertisement

Tindakan

Informasi

12 responses

28 01 2010
ayong

yey!!! dia dah jadi ‘mak buyung’ jugak!!!

28 01 2010
nia

salam . ush, da pregnant eh :p
hehhe, da nak jadi mak mcm ush aida la nanti yer.
k, jgn lupa kami kat mesir ni. 🙂
n take care (^_^)

~insyirah

29 01 2010
sofila

salam alaik..
alf mabruk..Allah yunawwir hayatak wa yusahhil umurak

30 01 2010
mila

salam..
kak aina,tahniah atas walimatul urus n bakal baby!!
miss u la kak..
mila baru tau ni.. tu pun jupe kat fb..
rindu akak sgt2..
kak,jage diri ye..
kim slm kat kak dayah..

3 02 2010
balqis

salam ustazah… tahniah… mesti comel bakal anak ustazah… smoga ustazah shat selalu…

9 02 2010
wawanajwa

wah aina, dah pregnant ke? congrats!! cant wait too see your baby. hehe

28 02 2010
fairuz

salam,ustazah,dapat baby jgn lupa habak kat orang perantauan ni,dapat kembar ,saya nak jage 1,..hu..hu..:D

10 04 2010
noor hayati

Alhamdullillah
saya pun bersyukur pada Allah swt kerana memakbulkan doa saya selama ini..dh lama menunggu kehadiran chaya mata lg..insyallah ini bakal anak yg ke tiga..dh pregnant 6 minggu…

14 04 2010
Sarah Comel

salam kak aina…pekaba akak n baby?smoga sihat selalu ok… 🙂

12 05 2010
ibunoor

Salam ziarah…salam kenal…alhamdulillah dikurniakan rezeki.

Semoga ibu dan baby berada dalam lindungan Allah selalu.

Silalah berkunjung ke teratak sini ya.

16 03 2012
nurieliya atika

salam….alhamdulillah,kakak sya ,dh bersalin sya brsa gembira sgt….mudah2 sihat walafiat hendaknye~

28 03 2012
ainaamardhiah

alhamdulillah, saya pun selamat melahirkan anak kedua 17 Mac 2012 yang lalu… alhamdulillah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: