Demam…

9 01 2009

mawar-putih

Masuk hari ketiga sudah. Kepala ini rasa beratlah benar. Hendak buat macam-macam, serba serbi rasa tidak kena. Pening sungguh. Secara tidak langsung, Scott Emulsion pun jadi rajin disuap masuk ke mulut. Kalau tidak, culaslah sangat hendak makan ubat-ubatan ini. ~Ya Rab…~

Kekadang, Allah uji kita sedikit sahaja, tapi berat sangat kira rasai. Namun, sebagai hamba, wajiblah kita bersyukur dengan apa jua pemberian Tuhan. Segala-galanya pasti ada hikmah-Nya. Cuma mungkin kita tidak nampak, tidak sedar, tidak tahu. Yang Maha Tahu hanyalah Allah, Tuhan sekalian alam.

Bila makan tak lalu, tekak rasa pahit, batuk dan selsema, kepala rasa nak pecah, mulalah badan ini rasa manja-manja hendak baring saja. Apa tidak sedarkah, saudara-mara kita di luar sana, makan tak cukup, air tiada, perut terburai, kepala memang pecahpun – ditembusi peluru jahat Israel, dan seterusnya… Dimanalah letaknya rasa juang diri? (uh, sakitnya batang hidung ini – tempias hebat!)

Ya Allah, bantulah kami. Teguhkanlah juang kami walau di bumi manapun kaki ini berpijak. Ringankanlah lidah dan hati kami mendoai saudara-saudara di luar sana. Hidayahkanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam menegakkan agamamu, menentang musuh zahir dan musuh yang kabur. Musuh Israel, dan musuh dunia yang menghanyutkan iman umat Islam di sini, di sana dan di mana-mana. Tuhan, bantulah kami, kuatkan kami…

اللهم ارجع فلسطين لاهلها وانصر اخوننا في غزه وارحم شهدائنا في غزه وثبتهم واعطهم العزيمه والصمود… اللهم امين

 اللهم عليك باليهود ولا تبقي منهم عددا الله امين يا الله

~ Sayu saja hati ini ~

Ok, eloklah saya berhenti dahulu di sini, atau akan lewatlah abah makan tengahari. Ikan belum siang lagi.

Hari ini Jumaat.

~ Selawat ~


Tindakan

Information

7 responses

9 01 2009
Ayong

Ayah Aufa pun demam panas. Tersangat panas badan dia. Hari ni dah masuk 2 hari.😦

p/s : Rindu pada Hari Jumaat ketika berada di rumah Taman Mentiga.

9 01 2009
senyum

sakit lain macam jer ni

11 01 2009
ainaamardhiah

lain macam mana pula nya?

11 01 2009
ainaamardhiah

Allahumma yashfih.
Kasihan ayah Aufa demam lagi sampai hari ni… Ummi Aufa pun kena jaga ayah Aufa macam jaga Aufalah. Cuma tak perlulah didukung😀

~Ayong, apa yang ‘best’ bila hari Jumaat di rumah Taman Mentiga?

12 01 2009
Ayong

Ayah Aufa kena denggi.Tapi tak berapa serius. Sudah hampir seminggu kami (ummi & Aufa) tidur diruang tamu, memberi ‘keselesaan’ ayah Aufa tidur di bilik tidur utama. Selama hampir seminggu itulah ummu Aufa menjaga ‘dua bayi’ ~ “Baby Kecil & Baby Besar”.. Adoi, boleh kurus kering ummu Aufa kalau sambung lagi sebulan menjaga “dua Babies” ni.

~ Sebenarnya setiap hari best kalau berada di Rumah Taman Mentiga. Bila hari jumaat, lagi best sebab esoknya adalah hari Sabtu.🙂

13 01 2009
ainaamardhiah

Sian Abi Aufa… (ingat tak surah abi tu)
Moga cepat sembuh…

untuk Ayong;
~hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri… ~

13 01 2009
ainaamardhiah

Ayong, jaga dua bayi (kecil dan besar) itu JIHAD!😀
Teruskan berjihad!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: