Salam Asyura

7 01 2009

barang-baru

SEDAR tidak sedar, sudah sepuluh Muharam. Sekejap benar waktu berlalu. Dan terlalu benar banyaknya dugaan yang telah melanda kita, umat Islam di sini, sedunia.

Baharu pagi tadi, menyempat separuh siang menyelesaikan ‘kes-umat-Islam’ yang berlaku di daerah Pekan ini. Mahu ‘naik-darah’ juga jadinya bila berhadap begini. Itulah realiti yang biasa terjadi. Mahu lunaskan dakwah, tidak boleh dengan marah, tidak juga boleh dengan belaian. Tegas dan berhemah. Sabar itu kepalanya. Kalau kepala ini pun terpenggal, usah dicarilah tegaskah, berhemahkah… ~ Moga Allah hidayahkan kesabaran dan ketakwaan.

Tengahari, balik sahaja rumah, siap-siap untuk masak. (Mak pesan suruh beli ikan, tapi…)

Antara sebab kenapa ‘terlalai’ dari tanggungjawab beli ikan;

– Ada anak kucing belang-belang yang menangis kuat sangat, jadi abah suruh tengok (sebenarnya abah suruh ambil).

– Bila naik rumah, kucing ni tak mahu makan, jadi mandikan dia dulu, syampu cap kucing. Bagi minum susu (anak kucing, ibu susuannya lembu – susu cap lembu, jenis kucing).

– Lepas kucing kenyang, dia nak tidur, tapi tak mahu tidur sendiri (jadi tukang dodoi pula). Tak mahu tidur dalam sangkar tapi mahu ‘lending’ atas katil. Manjalah sangat ‘barang-baru-ini’.

– Tapi, bila tersedar dari tidur, dia nangis lagi kuat-kuat.

Penat sudah jaga ‘barang-mainan-baru-abah’ ini. (tapi bila lihat mata ‘barang-baru-ini’ dalam-dalam, rasa kasihan sangat. Tentu anak kucing ini adalah dari salah satu kes mangsa anak terbuang. Kecil-kecil sudah tercerai dari ibunya. Kalau tengok mukanya, rasa kasihan sangat).

DALAM hal sekecil-kecil pun, kekadang kita boleh dilekakan dari tanggung jawab. Ini baru hal ‘mainan’. Jika hal yang lebih besar?

Salam Asyura. Moga ada kebaikan yang kita peroleh. Moga ada kebajikan yang kita usahakan.

Sebenarnya perjuangan ini makin berat. Moga diringankan dengan berganding bahu dan terus berdoa.

 

~ Pening sudah, mukaddimah demam sudah masuk bab satu. Mak suruh makan minyak ikan~

 


Tindakan

Informasi

8 responses

7 01 2009
Mouad

Salam aleikom

See this :

http://www.tariqramadan.com/spip.php?article10497

Sign this Appeal, make it be known, be informed and keep people around you informed and aware. Join the already existing organisations, collectives and plateforms or help creating new ones wherever you are. Multiply information activities and civil and political resistance around the world.

Fi amani Allah

8 01 2009
Ayong

Ena, awak memang sesuai dengan gelaran ‘bibik kucing’.

8 01 2009
ainaamardhiah

Taklah, mana bibik sangat. Bibik kucing tu adik…

Ayong, hari ni saya nak buat ‘kep pisang’ tanpa diganggu oleh Ummi Aufa yang suka meminta-minta itu.
Antara permintaan yang selalu buat kacau orang memasak;
– buatlah ‘cup cake’
– Aufa nak makan ‘kep’ kecik.
lalu…
– “semua ‘cup cake’ ini Aufa yang punya” kata Ummi Aufa sambil berhasrat memakan kesemuanya (utk Aufalah konon).

8 01 2009
Ayong

Aufa suka minum susu perisa ‘kep pisang’.
Lebih2 lagi cup cake berbentuk kecil molek itu.

p/s: nak makan apam putih+kelapa parut. (abah tau apam yang jenis macammana)

8 01 2009
ainaamardhiah

Haih, Ummi Aufa ni ‘asik’ nak makan saja…
Acik Na nak makan jugalah… (Ayong, nak sushi n shahimiiiii)…

9 01 2009
aslami

slam asyura

11 01 2009
ainaamardhiah

Ayong, sekarang adik makin rajin jadii bibik kucing yang macam murai tu… huhu

21 01 2009
ainul arina

salam kak ainaa..

alahai, comel sangat la kucing tu. Kat rumah ainul pun selalu jadi tempat datang kucing baru. Mak ayah ainul sama la macam ayah akak. Cepat kesian kalau nampak kucing. Pastu amik bela buat kucing sendiri, kasi rawat-rawat, makan-makan biar bulat, then boleh teman time boring-boring. Rumah ainul tak pernah tak ada kucing lebih dari seminggu. Rindunya kat kucing-kucing kat rumah…

p/s: Teringin la nak datang rumah akak tengok kucing-kucing nih!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: