Rokok pula…

26 12 2008

040607-antirokok

INI sudah kali yang ketiga! (atau lebih). Rasa seperti putus nyawa gara-gara terpaksa menahan nafas dari panahan asap rokok yang menyesakkan itu. Mungkin sudah berjodoh saya kerap benar perkenan naik bas yang sama dari Pekan ke Kuantan saban pagi. Memandangkan saya turun di terminal lama, selalu sangatlah jadi orang terakhir turun bas. Jadi, bila tinggal saya seorang sebagai penumpang dalam bas pagi itu, mulalah konduktor dan pemandunya memasang ekzos dari dalam bas. Berkepul-kepul dan mulalah saya (naik mual) menahan nafas dengan apa cara sekalipun.

Hari ini kebetulan saya duduk di kerusi pertama hadapan pintu. Bilamana koduktor itu menghembuskan asap rokoknya, segar-bugar menerpa ke rongga hidung saya. Tuhan sahaja yang tahu. Melontarkan pandangan ke bangunan-bangunan di tepi jalan, mendongak langit bumi sambil rasa seperti mahu menyanyi lagu “malam… bulan dipagar bintang…” dendangan Allayarham Tan Sri P Ramlee yang diduet dengan Saloma (kononnya sedang bergumbira tanpa meneruskan gerutu panas dalam hati geramkan dua orang manusia yang sedang enak menjamah makanan jin itu).

Kenapalah susah sangat hendak menerima bahawa rokok itu haram? Sama sahaja seperti arak dan yang sewaktu dengannya. Kalaupun mahu tegakkan benang basah, mahu halalkan dengan makruh, apa suka benar puak-puak ini buat apa yang Allah benci? Kalau benci itu dari mak ayah, atau kekasih pasti tak keruan jadinya; usah buat, niat pun tidak mahu. Tetapi bila perbuatan itu mengundang kebencian/kemarahan Tuhan… sardin saja muka seperti tiada apa-apa. Entah bilalah manusia nak berubah. Tidak ada faedahnya merokok; dapat dosa lagi adalah. Bukan si perokok saja, malah orang yang jadi mangsa macam saya ini pun boleh berdosa sama gara-gara hati mengutuk, marah-marah pada mereka. Tak fasal-fasal saya pun sama buat apa yang Allah tak suka – marah dan tidak sabar.

Teringat dulu, masa zaman sekolah menengah (sejak sekolah rendah juga), berulang-alik dengan bas tiap hari ke sekolah. Sekolah pula perempuan semua (macam anti lelakilah sikit waktu itu). Bila balik sekolah selalu terpaksa berasak-asak dengan budak sekolah lain. Tak kena gaya, terperuklah kami ke belakang dalam bas sardin. Al-maklumlah belah belakang ini zon budak-budak lelaki; bising-bising, suka kacau budak perempuan dan merokok.

Pernahlah beberapa kali dek kena tegur-tegur oleh sang budak lelaki yang besarlah dari saya (yang waktu itu tingkatan 2 atau 3, mungkin dia tingkatan 4 atau 5). Gara-gara dia tanya-tanya nama dan saya membisu lagi membatu, dia hembus asap rokok ke muka saya, lalu ketawa bersama-sama teman-temannya. Memang tahap melampau punya laknat dalam hati ini. Tapi agaknya marah sangat sampai tak terkata, saya rasa macam termenangis. Pantang betul dengan rokok. Rasa semput semacam nak mati.

Kepada sang perokok di luar sana, berhentilah buat apa yang sudah jelas-jelas diharamkan itu.

(11.18 pagi, AMS Gambang, sambil menunggu kereta di sekolah memandu yang dihujan sejuk).

– entri ini ditulis semalam, tapi baharu sempat dipos hari ini.


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: