Kerana Coklat

24 12 2008

cokelep

RASA merajuk dengan Pesona Peribadi. (memang salah saya asalnya – gara-gara mahu sangat makan coklat lewat malam tadi, merebahkan diri di pembaringan, mencapai Pesona Peribadi lalu menaip agenda terpenting 24hb (hari inilah, berkuatkuasa jam 8 pagi) adalah = membeli coklat.

Usai mencatat peringatan penting itu, saya membelek tarikh-tarikh lain. Rupa-rupanya saya telah tersilap ‘save’ dalam ‘folder‘ yang lain. Untuk mengubahnya, saya dengan gatal jari telah memadam sekalian agenda yang sebelumnya. Ah, habis sudah segala tarikh penting yang dicatat sejak di Morocco terpadam! Licin! Rasa terpana dan cuba tidak mahu rasa-macam-nak-berair-mata. Lalu saya dengan canggung sekali buat-buat sibuk sehingga mematikan telefon bimbit buat seketika. Kononnya tiada apa-apa berlaku.

Namun, tanpa disedari sebenarnya saya masih mencuba-mencuba kalau-kalau masih perkenan ‘undo’ atau menyelongkar ‘tong sampah’. Namun, terlajak padam, memang tak sama seperti terlajak perahu. Lalu dengan jiwa yang bergelora dan cuba ditenangkan, saya dengan jauh hati telah meminggirkan Pesona Peribadi dari kamar peraduan, berkalih dan tidak mahu menatapnya lagi. (buat waktu itulah). Sejurus, menekup muka dengan bantal dan cuba buat-buat tidur. Namun, naluri berbisìk, ‘salahkah saya nak makan coklat?’. Urmm… sedihnya. Pejam mata.

Pagi ini, selesai hantar mak kerja dan menguruskan satu dua perkara di bank, segera saya menyinggah ke 7-Eleven. Tanpa teragak-agak, tangan ini telah mengambil satu bar coklat hitam dengan buah-buahan dan kacang (biarlah kecilpun, asalkan dapat hilang mengidam). (Ada banyak pilihan, namun memandangkan sedang pakai baju ungu, pilih saja yang sama warna – nampak sepadan saja)😀

Dalam hati ini masih ‘bengkak’ lagi teringat data-data yang terpadam dalam agenda semalam. Tapi, tak mengapalah, dapat makan ‘cokelep’ rasa terubat sikit. (sikit sahajalah).

Pokok pangkalnya; itulah dunia. Dunia bukan untuk selama-lamanya kerana sifatnya yang sangat sementara. Jadi, kita bersederhanalah (tak jadi pula mahu beli coklat besar) dengan apa yang dipinjamkan di dunia ini. Bersyukur dengan nikmat dan ujian walau bagaimanapun keadaannya. Yakinlah, seindah manapun kenikmatan di dunia, di akhirat nanti lebih abadi.

Begitu jugalah jika nikmat yang ada disalah gunakan. Tentu sahaja azab di akhirat itu adalah suatu kedahsyatan yang tiada taranya.

Kembali kepada Allah.

(Alhamdulillah, dapat juga nikmat coklat)😉


Tindakan

Information

6 responses

24 12 2008
ekramhakim

mahalnya harga coklat tu..sampai terdelete2 sume kenangan di morocco..nasib baik hanya di handset..harapnye takla sampai delete kenangan di hati..=D

26 12 2008
Ayong

…pernah terdelete ‘precious notes’… >>sedih<<

“Dunia tiada Abadi”

26 12 2008
Ayong

” Acik Naa! Aufa nak Cokelep jugak!!”, Aufa berkata. (Diterjemahkan oleh Umminya).

26 12 2008
ainaamardhiah

Eleh, ummi Aufa yang nak Cokelep kan…. ;;) hehe, ayah Aufa kan selalu beli cokelep… minta la cikit… hehe

26 12 2008
ainaamardhiah

uh, rupa-rupanya kakakku ini juga pernah mengalami nasib yang sama… huhu…

note apa tu ayong?

26 12 2008
ainaamardhiah

InsyaAllah, kenangan di hati tak padam… Mahal tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: