Eid Al-Adha kali ini…

12 12 2008

f_53865251926m_11a8225
MAHUKAH kita berkongsi apa yang ada di langit samudera, untuk jiwa rasa di bumi?

Menjelang Hari Raya Eidul Adha baru-baru ini, kami telah berpeluang melihat hamparan langit dari tengah rumah ; memandangkan hujan lebat dan badai tiba tanpa disangka-sangka. Angin kuat yang menjelma sekitar 5 saat tengahari itu membuatkan 11 keping atap genting rumah kami tercabut dan sebuah kereta yang terparkir di hadapan kedai mengalami ‘kecederaan’ teruk di bahagian cermin hadapan = pecah. Selain itu, dua buah gerai burger telah terpelanting ke tengah jalan, di samping sebatang pokok telah tercabut di persimpangan masuk Taman Mentiga Jaya, Pekan. Maka, menjelang hari raya korban tahun ini, seangkatan ahli rumah pun berkorbanlah menyelamatkan harta benda merangkap ‘mangsa-banjir-rumah-kedai-dua-tingkat’. (Biasanya mangsa banjir mengalami ‘rumah naik air’, tapi kami mengalami ‘rumah turun air’ ; gara-gara hujan turun dengan lebatnya, tidak berhenti-henti menerobos atap rumah yang lompong menadah langit).

Sebelum sangat terlambat, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha buat semua pengunjung Melati Jiwa, maaf zahir dan batin. Moga lebaran ini meningkatkan lagi ketakwaan dan keikhlasan kita menuju-Nya.

(rasa-rasa seperti mahu menulis lagi, namun saya perlu turun ke kedai dan membeli ikan (lauk pauk dari laut/hidupan air) memandangkan satu rumah sudah ‘pusing’ dek pekena habuan daging yang melampau. Kelewatan ke kedai akan menyebabkan kami ‘terpaksa’ makan daging lagi – hari ini jumaat, pasar tutup awal)

Bertemu kemudian…