Persediaan dan keputusan

27 05 2008

DITIMPA hujan berjalan ke kuliah pagi ini. Buat saya rasa sesak-sesak nafas. Sebetulnya saya tika ini sedang tercatuk di depan pintu rumah – tiada kunci. Jadi, saya kira mahu peruntuk waktu untuk bercerita dengan Pesona Peribadi sebentar.

Rasanya sudah lewat saya pulang ini, usai berbincang dengan kawan arab, langsung ke pasar. Namun di manakah gerangannya ahli Salsabiela yang lain? Masih belum temu jalan pulangkah?

Hari ini kalau ikut kiraannya kami akan duduki peperiksaan syafawi Feqhu l’Lughah. Entah kenapa saya seperti tidak terlalu membaca sejak semalam ; kurang ulangkaji. Barangkali hangat-hangat saja imtihannya baharu duduki minggu lalu. Saya sedikit hilang tumpuan untuk membacanya lagi, tambahan pula perut ini meragam saja ; ayam masak merah semalam pedas sangat – tapi saya tidak dapat menahan diri dari meratahnya. Sedap! ~ Dan sakit.

Mengikuti komentar peperiksaan lalu oleh Ustazah Dr. Badawi dalam keadaan kasut yang basah sangat membuatkan saya tidak selesa. Dengan pakaian yang kehujanan, saya rasa sengal sendi dan mengantuk. Ah. Namun, kuat saja firasat bahawa ustazah tidak akan mengulangi peperiksaan hari ini. Lewat komentarnya, ustazah bacakan markah. – berdebar – lambat pula tiba giliran saya. Akhirnya, nama pelajar Melayu terakhir ; Bint Suhaimi ; 14 – hari ini dapat mabrouk.😀 Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang sudi mendoai. (siap ustazah tayang lagi kertas peperiksaan di depan dewan ~ malu). Tidak rugi saya pulun menghafal kata-kata Ibn Khaldun dalam kitab Muqaddimahnya (sampai hampir terlanggar tiang lampu depan maqha waktu berjalan ke kelas). ~ Tuhan, pimpini daku menjadi hamba bersyukur dan bertaqwa…~

(Anis dah balik – dengan kunci pintunya ; saya ‘ter’sengaja buat dia terkejut bila terpandang saya di hadapan pintu. Tentu dia tak sangka akan ada manusia jadi penunggu hari ini) :p

Saya berhenti dahulu. Malam nanti mahu lunasi telaah untuk dua subjek lagi esok. Syafawi. Insya Allah. Moga dipermudah. Cemerlang dunia akhirat.

~ Esok, peperiksaan terakhir untuk sesi ini. Persediaannya bagaimana?
~ Entah bila-bila kita di datangi Izrail yang mendepankan kita dengan nafas terakhir. Persediaannya bagaimana?
~ Suatu masa yang pasti, kita akan berkumpul di Padang Mahsyar untuk ‘peperiksaan’ besar di hadapan Tuhan. Persediaannya bagaimana?


Tindakan

Information

7 responses

2 06 2008
zahirahzahid

Assalamualaikum wth..
kite amik link blog akk letak kat blog kite eh =D

2 06 2008
ainaamardhiah

Waalaikum salam warahmatullah wabarakatuh.

Zahirah, mana blog kamu? masih belum ketemu, kamu menyorokkah?

3 06 2008
zahirahzahid

ehe..macam mana nak terus ada pautan link time tulis blog?
my blog zahirahzahid.wordpress.com
Selamat Datang =D

3 06 2008
zahirahzahid

hurm..macam da jumpe saje caranya..ehe

3 06 2008
ainaamardhiah

aha… blog baru tu… (meramaikan lagi puak wordpress)😉

3 06 2008
depankomputer

blogspot2..kata2 mana yg kena hafal tu..?nak start hafal la ni dah..hehe

3 06 2008
ainaamardhiah

eheh… kata-kata Ibn Khaldun yang menyetujui pandangan Tha’labi tentang Feqh Lughah. Dan, Tha’labi pula bercanggah dengan pandangan Ibn Faris (pelopor Feqh Lughah).😛 – segan pula nak cakap pasal Lughah ni, kena tanya Rahim ‘si budak lughah’ tu. Tentu dia lebih tahu, tak pun, tanya saja super senior lughah; Khadijah Khalilah😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: