Cerita tesis

5 06 2008

HAMPIR sepagi saya dikerumun rusuhan perasaan manusia yang panas. Masalah biasa bila keputusan peperiksaan diumumkan di sini, pasti ada seribu satu macam ragam manusia yang menuntut ‘keadilannya’. Sebetulnya saya jadi penat sungguh. 

Sekembali dari kuliah, sempat menyinggah ke rumah adik-adik dengan hidangan jus tembikainya – awas, jangan minum dengan ‘seronok’ sangat. Lelah nanti. 

Melihat cucu-cucu Zahirah yang menggebu, semalam baharu tambah bilangannya dengan kelahiran anak baru; 7 ekor lagi. Namun, barangkali ibunya meroyan; langsung disantap anaknya 3 ekor sudah sepagi. Makanan asasinya cukup, entah kenapa dengan seronok dimakan pula anak yang masih merah itu. – generasi hamster di Bouhlal.

***

Esok, masih niat mahu betuli markah yang sangat sangsi itu. Moga ada rahmahnya.

Letih, mengantuk – sedang menjadi penunggu tangga lagi. Tidak punya kunci untuk masuk ke rumah. Aduhai… 14:16pm.

***

Nampaknya saya terlelap di tangga sejuk ini sekitar 20 minit, dan mereka masih belum pulang. (Kembali membuka Pesona Peribadi: saya ingin bercerita.)

Tesis ijazah; 

منهج الموازنة بين المصالح والمفاسد عند الأصوليين

 

 – Alhamdulillah, baharu semalam selesai munaqashah, setelah 3 hari berturut-turut berulang alik ke kuliah, kononnya perlu diawalkan perbincangannya pada Isnin, kemudian ditunda Selasa. Akhirnya jam 2 petang semalam kami berkumpul – seperti tarikh awal, 4 Jun.

Selesai giliran saya membincangkan hasil tesis, saya berdiam di idarah, hitungi keputusan semester akhir yang baharu sahaja diumumkan. Fatema mendapatkan saya dengan senyum-senyum ; mabrouk ‘alayk ya sohabti, hasolti awal nuqtoh! sab’atash ala ‘eisyreen. – gamam juga. Alhamdulillah, rezeki dapat markah tertinggi 17 untuk tesis. Kami berempat, (tiga orang bernama Fatema, dan Ainul Mardhiah itu saya). Tiga yang lain si Fatema-fatema itu 16, dan ada yang 15. Entah kenapa, bak kata Fatema tidak lama dulu, “sepanjang kita menulis tesis ini, kamu jadi ketua di kalangan kami”. Semacam mengarut sahaja. Namun, apa-apa perkembangan dan urusan saya wakilkan untuk berunding dengan penyelia tesis kami. Saya sangat hormati rakan semusyrif yang lain. Mereka banyak membantu. Sepanjang menyiapkan tulisan ini, hubungan kami jadi sangat rapat. Alhamdulillah. 

Seperti biasa, melalui suatu marhalah penulisan itu ; adalah sebuah bentuk kehidupan. Ada tawa dan tangis. Ada senang dan susah. Pernah saya hampir menangis di depan ustaz ‘Awwam bila saya terpaksa merangka, menyusun semula tesis saya dari awal sedangkan tika itu hanya ada sekitar 10 hari sebelum tarikh hantar. Saya menemui waktu jatuh yang mengelamkan jiwa, merasai putus asa dan sangat hilang semangat. Ustaz datang ke rumah berkali-kali, bantu sediakan bahan dan betuli walau kesilapan noktah dan koma. Moga Allah berkati beliau. Jasa beliau amat mahal terhadap kami; bagaikan ayah dan anak-anaknya.

Awal-awal dahulu kami diagihkannya kitab-kitab rujukan sebagai bantuan dan sokongan. Setiap orang dapat 1 kitab, namun saya dapat 3 kitab, dan beberapa lembar bahan bertaip untuk rujukan 😉 . Kata ustaz, anak Malaysia ini perlu dibantu lebih. Namun, jangan berdengki antara satu sama lain, berkongsi-kongsilah bahan yang dipinjamkan itu. Kami hanya ketawa. Ustaz selalu pesan jangan gaduh-gaduh, dan dia tersenyum.

Alhamdulillah, kami hadapi bersama, hingga ke garisan akhir ini. Suatu petang dulu, demam menyiapkan tesis, tertidur lalu dikejut rakan serumah katanya ustaz tunggu di bawah, bawa pen-drive untuk beri bahan rujukan pada saya. Saya terharu dengan muka basi yang demam. Hari lain, pagi-pagi lagi dengan berjalabah (jubah tradisi Maghribi) ustaz datang ke rumah, langsung betuli tulisan bahagian penutup tesis saya di depan pintu rumah. Canggung sungguh saya atas kebaikan ustaz. Banyak masa ustaz korbankan. Moga Allah berkati.

Beliau; fadhilatu al-ustaz ad-duktur Muhammad ‘Awwam.

Bateri sudah hampir kering, mereka masih belum pulang. Jam sudah 3.07 petang. Saya mahu berhenti bercerita. Sakit belakang juga lama sangat jadi penunggu. 😦


Tindakan

Informasi

17 responses

5 06 2008
aNaK sOlEhAh

guD luCk my siS…
n prAy 4 alL hopE geT naJah..amiN..

5 06 2008
ainaamardhiah

Terima kasih, dik Sarah…
Akak doakan Sarah dan kawan-kawan cemerlang juga…

Moga Allah rezekikan kita semua kecemerlangan di dunia dan akhirat ~ameen…

5 06 2008
MuFaKkiRaH

salam ziarah. tergamam melihat gambar tesis. lawa! kagum saya. ehe… tahniah!
~untungnya jadi awak kn.. tumpang gembira. 😀

5 06 2008
ainaamardhiah

Alhamdulillah ‘ala kulli hal..

Terima kasih…
Kebetulan saja. Ilmu tak sepadan pun, banyak sangat lagi perlu belajar.
Fie, saya tunggu tesis awak pula nanti 😉 (segan saya dengan ahli bahasa ni) 😀

5 06 2008
zahirahzahid

Assalamualaikum wth,
Tahniah atas kejayaan,tumpang gembira juga.Moga urusan pada esok hari dimudahkan olehNYA(“,).

6 06 2008
adaibrahim

salam..aina,mabruk alaik.x lame dah balik msia org tu..best la
em,dgr cite nak jd suri rumah tangga tahun depan…betul ke??

6 06 2008
ainaa andalusy

Waalaikum salam warahmatullah.

Zahirah, syukran atas doa; alhamdulillah… dipermudah urusan pagi tadi. Moga khabar gembira semuanya 🙂

Adda, balik Malaysia tak? Bisa kita bertemu? eheh…
suri rumah tangga? – jawapannya kena tunggu dan lihat…
Doa-doakan la 😉

7 06 2008
adaibrahim

Insyaallah,balik early august.sekarang musim exam..ribut betul hidup.tgh menghafal 30 case..kne present cume satu..huhuhu(ADAT JADI STUDENT)

8 06 2008
syah_peace

Salam… Mabrouk! … Teruskan perjuangan … 🙂

10 06 2008
ainaamardhiah

Salam,

Syukran.
‘alayna wa’alayk.
Sama-sama menyahut seruan kecemerlangan Exco Pendidikan PMMM ‘7/’08 😀

10 06 2008
kasutemas

semekom..mabrouk2….huhu

10 06 2008
ainaamardhiah

😉 Terima kasih

12 06 2008
Ayong

Kucing!!!
Wahh banggenyer KY, adik KY ni dpt mrkh tinggi..huhuu
Tahniahh..
Abah & Mak hepi sgt!!
(KY dh citer kt diorang)

12 06 2008
ainaamardhiah

Ayong!!!
Saya rindu Kak Yong la…
Saya tunggu baby awak
Thanks doakan saya.

(dah bocor hadiah hari jadi abah 16.6 nanti 😉 )
Awak tunggu saya di KLIA 3 Ogos nanti okey.

14 06 2008
..::wardatulhamra::..

salam ziarah..mabrouk alaik..doakan kami di sini..moga dpt mengikut jejakmu..Allah yubarik fik~~

22 06 2008
ainaa andalusy

Ahlan…
Syukran.
Moga Allah cemerlangkan kita dunia dan akhirat.
Bittoufeq wannajah 😉
Moga Allah berkati kita semua…

4 07 2008
acapahmad

tahniah atas kejayaan anda…doakan aku dengan tesis untuk sem ini. Semoga kembali ke malaysia dapat berjasa kepada Islam dan menjadi contoh kepada muslimat yang lain, waah Tugas semakin getir!…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: