Antara Yang Bernama Air dan Api

26 03 2009

Waktu itu, dinihari yang mempunyai titisan hujan yang damai. Mengetuk gegendang telinga dengan baik-baik saja, dari jendela kamar.  Barangkali sepasang mata ini sedang katup meraikan pembaringan seperti sekujur mayat berkafan, namun bagai ada suara dari rasa terdalam di perdu hati membisikkan; “antara yang bernama air dan api…” lalu layar mata dipintas gambaran azali. Katup mata jadi rapat, memerah genang yang sukar.

Saya tidak pasti apakah yang sedang saya fikirkan tika dinihari itu, cuma bagai terlintas frasa jiwa; “kejahatan dan kedosaan itu bagai api yang memakan kayu-kayu kering” lalu datang pula frasa bening dari butiran tasbih; “dan air di kali itu bagai mencanai jasad batu yang keras menjadi lunak”. Katup mata jadi rapat, masih memerah genang yang laju.

Barangkali itu pengajaran dari sanubari yang ingin dibicarakan buat pagi ini.

Yang bernama api; fitrahnya membakar dan menyala. Memiliki keturunan dari neraka, membawa hangat dan perit, bias kepada azab abadi bila janji Tuhan tiba. Pasti.

Api yang membakar daunan, ranting kering; ah, sangat mudah. Sekali sambar sudah jadi makanan api yang mengenyangkan neraka. Begitulah laksana pahala dan amal kebajikan yang rangup-rangup diratah api dosa. Tanpa sengaja dan tanpa sedar. Kenapa amal kebajikan itu rangup dan kering? Tidak ikhlas, riak, ungkit, hilang suntikan iman lalu keringlah sebuah pengabdian pada Tuhan. Bagai daun yang tidak hijau, malah layu dan mati. Kerana itulah mudah sahaja dimakan api. Di mana imanmu yang basah kepada Tuhan? Kering iman. Berbakaranlah dalam kedosaan.

Air yang bening itu, namanya bibit cinta dari Pencinta. Kamu tahu bukan, batu itu fitrahnya keras dan degil. Sedang air itu sejenis lena yang sangat damai dan sabar, tidak lemah tapi lembut. Begitulah halnya kebajikan dan amal ibadat yang kamu lakukan. Untuk melentur keras batu yang menjadi jantung dalam sanubari, bukanlah dengan sekelip mata. Perlu berkali-kali dan selalu, lalu panjanglah jalan mujahadah. Kerana itulah air itu juga namanya sabar. Berikhlaslah.

Namun, apa kamu tidak percaya, bahawa “kun fa yakun” itu hak Tuhan? Banyak perkara perlukan sebab untuk terjadi, dan perlukan sunnatullah untuk mendampingi alam. Namun, apabila yang berlaku itu tanpa sebab, yakinlah pada imanmu bahawa itulah namanya Jalal dan Jamalullah. Maka wajiblah kamu benar-benar sedar bahawa tiadalah kuasa yang sangat hakiki melainkan Kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Allah Maha Agung, lalu bersedarlah kita ini hamba.

Lalu biarkan genang dingin memahat keras batu di sanubari itu…


Tindakan

Informasi

4 responses

14 04 2009
kawanlama95

ya .aku sudah baca. Air bahkan bisa menembus mata bathin.Maka hiduplah seperti air. Menjalani asa dengan fitrah insaninya.oke kawan salam kenal ya.

15 04 2009
ana

JADUAL PENGAJIAN BULAN APRIL

Tarikh: 22 Rabiulakhir 1430H/18 April 2009 (Sabtu) – Maghrib
Lokasi: Masjid Baitulaman, Kuala Lumpur
Tuan Guru: Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
Kitab: Nashihat Agama dan Wasiat Imam – Imam ‘Abdullah al-Haddad

Tarikh: 23 Rabiulakhir 1430H/19 April 2009 (Ahad) – Maghrib
Lokasi: Masjid Baitulaman, Kuala Lumpur
Tuan Guru: Ustaz Syed Najmuddin al-Khered
Kitab: Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama – Imam ‘Abdullah al-Haddad

Tarikh: 26 Rabiulakhir 1430H/22 April 2009 (Rabu) – Maghrib
Lokasi: Masjid Sayyidina Abu Bakar, Bangsar
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin
Kitab: Bid’ah – Penjelasan Rapi

Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
Tarikh: 29 Rabiulakhir 1430H/25 April 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat Jilid -2 dan Nashoih ad-Diniah

http://pondokhabib.wordpress.com

9 06 2009
atan

salam, saya tertarik dengan penulisan anda , saya mintak keizinan memaparkan tulisan anda di blog saya… semoga anda terus menulis dan berkarya.. anak pahang juga kreatif dan tinggi ilmunya.

13 06 2009
ainaamardhiah

Salam.

Ya, maaf atas keterlewatan membalas di sini.

Dipersila.

(“,)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: