Saya masih di sini…

14 07 2009

Barangkali entah berapa lembar yang hilang dari halaman di Melati Jiwa. Iyalah, bila gatal jemari mahu menulis sesuatu, selalu saja jadi terbantut gara-gara berada di luar pautan internet, atau yang paling biasa; sibuk.

Entahlah, saya sendiri tidak tahu apakah ada di dunia ini manusia yang tidak sibuk. Siapa pun kita. Jadi pelajar, maka bersibuklah dengan jadual kuliah, kerja kursus, menelaah pelajaran dan sebagainya. Bila bekerja, juga sibuk dengan hal ehwal pekerjaan. Bila jadi pensyarah, bagai dua kali ganda pula ‘kesibukannya’. Tidak kurang juga seperti pelajar, juga dalam masa yang sama adalah pengajar. Tambahan lagi bila kita juga pelajar (insyaAllah, bakal menyambung Sarjana Syariah dan Pengurusan – doakan saya).

Walau apapun alasan kita dengan “kesibukan”, bersedarlah dengan sepenuh keimanan bahawa kesibukan yang paling utama adalah bersibuk untuk sentiasa bersama-Nya, lalu bakal menjadilah akhirat itu sebagai destinasi utama. Itulah hakikat pekerjaan kita sebagai hamba Tuhan.

Iya, memang sangat lama Melati Jiwa ‘terbiar’ sehingga bersawang. Dan memang ramai juga yang bertanya mengapa lama tidak menulis. InsyaAllah, saya akan cuba peruntukkan masa dengan lebih baik selepas ini.  Kalau ikutkan hati, memang bergunung hajatnya kepada bangsa. Tapi untuk menuju ke puncak, pasti dengan melalui anak tangga yang banyak. Lalu, moga-moga saya ini sedang berada di ‘zon perusahaan’ ke arah itu.

Agenda penulisan; insyaAllah dalam masa terdekat, kita akan bersama Grup Karyawan Luar Negara lagi untuk pembukuan antologi puisi yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Juga dalam pembikinan, usahasama antologi penulis wanita dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Doa-doakanlah moga dimudahkan urusan. Untuk jangka masa sedikit panjang, masih dalam peringkat awal penulisan buku teks Ulum Quran untuk pelajar Diploma Pengurusan Institusi Islam khususnya, amnya untuk semua mahasiswa, pelajar. Jangka masa ‘secepat mungkin’, masih menghutang tulisan berkenaan kesihatan wanita, usahasama dengan pengurus DeSegar. ( 😀 maaflah kiranya patik  masih menyebabkan projek ini terbengkalai. Patik akan cuba siapkan sesegera mungkin).

Jadi buat masa ini, saya masih sangat ‘sibuk’ dengan para pelajar Kursus Intensif Bahasa Arab tajaan Yayasan Pahang dan MARA bagi pelajar perubatan. Walau bagaimanapun, kursus ini bakal berakhir sekitar awal September, lalu akan bermulalah ‘kesibukan’ yang lain pula bagi melengkapkan saya sebagai manusia.

Dunia ini penuh pancaroba.

Maka, saya pun tidak sempatlah untuk meneruskan tulisan di sini memandangkan sebentar lagi para pelajar akan mula memasuki dewan kuliah. Kita ketemu kemudian sahajalah ya…

Oh ya, cuma satu lagi mahu saya sampaikan hajat di hati; kira-kiranya minggu hadapan saya mahu ‘mencari’ Lu’lu dan Marjan barangkali. Jadi, dengan tiba-tiba saya berasa gembira untuk mencari ‘perkara’ tersebut, sehingga bersusah payah mahu khabarkan di Melati Jiwa.

Lu’lu dan Marjan itu dinisbahkan sebagai ‘perkara’ comel seperti gambar di atas. ‘Perkara’ ini diinspirasikan oleh kejora saya.

Sekian, dimaklumkan. (“,)/


Tindakan

Informasi

3 responses

15 07 2009
permata

salam..

semua manusia itu sibuk..
org kuat belajar sibuk dgn belajar..
org kuat kerja sibuk dgn kerja..
org kuat makan sibuk dgn makan..
malah org kuat tidur pun sibuk.. sibuk dgn tidur..

maka pilihlah.. kesibukan yg paling memberi manfaat..
dakwah dan tarbiyah..

4 perkara yg telah ditetapkan Allah (pencipta kita):
(1) rezeki
(2) hidup dlm kebaikan @ keburukan
(3) jodoh
(4) saatnya maut menjemput

tak perlu risau dgn kerjaya.. tak perlu risau ttg wang.. tak perlu risau ttg makanan.. tak perlu risau ttg pasangan hidup.. krn semuanya sudah termaktub..

yg perlu dirisaukan.. amalan kita di dunia.. dan manfaat ‘ada’nya kita di sisi manusia..

kerana Sang Pencipta itu.. menciptakan kita hanya utk 2 tujuan..
(1) ‘abid dan (2) khalifah

fikir-fikirkan..

20 07 2009
nazrin

Assalamualaikum, Ustazah.

Ingat ana lagi? Ana antara pelajar Banin IKIP-Yarmouk yang sempat jumpa Ustazah dan Ustazah Aida di Cherating hari tu. Insya Allah akan kami manfaatkan nasihat Ustazah berdua.

Anyway, ana baru jumpa blog ustazah. Tulisan Ustazah memang best. Kami doa supaya Allah berikan kejayaan untuk Ustazah.

8 08 2009
kiba mara

salam..ustazah.. sungguh berbunga blog ustazah.. sehingga x tercapai dek akal yang waras… papepun.. gudluk.. teruskan menulis.. moge2 ukhuwah berkekalan….. dari kiba mara..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: