Selamat Hari Lahir Abah 1606

18 06 2008

BOLEH jadi saya baharu kebah demam. Alhamdulillah udah rasa ringan sedikit kepala ini berbanding semalam yang sangat dahsyat. Cuma sikit-sikit masih rasa peningnya. Saya cuti hari ini, jadi saya mahu luangkan masa bersama Melati Jiwa. Namun, tidak boleh terlalu lama; saya perlu bantu uruskan program kami petang ini. Majlis perpisahan dengan warga Muhammed el-Khomis juga para pensyarah yang pernah mengajar kami. Tenaga kerjanya terhad, lebih-lebih lagi bila saya kerja sepenuh masa di syarikat Al-Hidayah Sarl. Mohon maaf, sahabat sekalian. Saya akan cuba bantu mana yang terdaya untuk majlis kita ini.

Saya terkilan tidak dapat memenuhi permintaan sahabat penyelenggara saya. Suntuk benar waktunya. Lin minta mahu bincang berkenaan antologi kami ini, namun saya terlupa Lin di rantau lain. Saya kira jika masih di benua eropah, kami punya malam yang sama. Bila saya pulang kerja, saya kira warga India sudah lena. InsyaAllah, saya akan cuba temukan waktu kita πŸ˜‰

Abah – sebetulnya saya mahu tulis entri buat abah sempena hari lahirnya 16 Jun, namun kebetulan saya mula masuk kerja. Waktu malamnya saya perlu ‘bertugas’ untuk karyawan luar negara pula. πŸ™‚ kita yang harus memonopoli masa. Berusaha!

Lewat hubungi abah pada fajar hari lahirnya lalu, terasa sebak membungkam di dada. Selepas bicara yang agak panjang dan tepu, abah cepat-cepat matikan panggilan. (dan saya sudah jadi sangat sebak). Saya dengar suara abah yang berubah. Saya titipkan risalah ringkas buat abah sebelum tidur;

Salam hari ulang tahun kelahiran untuk abah tersayang. Moga Allah berkati, rahmati hingga ke syurga. Saya hadiahkan kejayaan saya pada abah & saya nak abah tahu, saya sentiasa usaha buat abah tenang & bahagia. Moga abah cepat sembuh, moga Allah mudahkan urusan kita. Saya akan cuba usahakan yang terbaik untuk keluarga kita. Saya mahu jadi semangat & kekuatan abah. kita doa sama-sama πŸ™‚ 16/6/2008 12:57 am

~ Dalam tawa ringan, abah berkata; β€œha, 16 Jun ‘birthday’ abah, kan? Dua hari lepas tu abah kena bicara pula”. Tawa abah dalam keperitan yang disembunyikan. Saya mahu bersama-sama abah. Hari ini adalah dua hari selepas ‘birthday’ abah… ~

Doa banyak-banyak, moga Allah bantu. ~Allah… Allah… Allah~

Advertisements

Tindakan

Information

3 responses

21 06 2008
shaine ali

kamu ikut wajah ibu agaknya ya ainaa:)

p/s kesian kamu,xpe kalau ada masa kita borak pnjang.sy sedang cuba habiskan menyusun puisi2 tu sambil mengejar penulis2 yang perlu dikejar;p

22 06 2008
ainaa andalusy

πŸ™‚ mix

alahai, kasihan kamu juga, Lin. Tentu kamu sedang sangat bersabar dengan mereka yang perlu dikejar itu, kan?

26 06 2008
nur ilyani bi malizi

slm ukhti,ana di antara peminat karya2 dakwah enti di melati jiwa.teruslah berkarya..yakinlah bhw di sana pasti ada yang mendapat manfaat daripadanya.. kalaupun tidak ramai,sedikit itu lebih baik drp tiada..dan sudah pasti ada yang terdahulu membacanya setidak-tidaknya malaikat pencatat amalan (kiri kanan). slm ukhuwwah sekencang dakwah.. http://wwwhalawah.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: