Istiadat Konvokesyen Pertama Graduan Malaysia di Maghribi – 17.07.08

17 07 2008

ALHAMDULILLAH, baharu usai makan malam juga makan ubat demam, pening dan selsema. Sebetulnya saya masih lagi fobia ‘minum’ ubat yang dalam bentuk sirap. Dari dulu lagi hingga sekarang, mungkin. Saya lebih bersedia menelan pil sehingga 24 biji sehari seperti empat tahun lalu berbanding segelas ubat minum atau sesudu dua cuma. Oh, minta jauhlah. Saya sangat fobia.

Saya tidak kira ini adalah waktu yang sangat selesa untuk menulis, namun memandangkan Isyak di Maghribi ini sudah cecah pukul 10.13 malam baharu masuk waktunya, saya terpaksa menahan mata untuk berehat. Jika makan malamnya terlewat, atau langsung terus tidur lepas Isyak tanpa makan usai pulang kerja, saya cuma ada waktu pagi untuk membaca dan menulis sebelum masuk pejabat.

(hilang idea menulis sambil berselsema. Aduh)

Sebetulnya saya tidaklah mahu cerita pasal waktu-waktu makan, tidur, membaca, kerja itu. Namun, lebih kepada penekanan pada diri sendiri bahawa bila tanggungjawab makin banyak, kita perlu lebih bijak mengurusi diri dan waktu. Aha, saya selalu sahaja lupa makan sehingga hampir seminggu tidak makan nasi kerana sibuk atau tidak sempat, melainkan makanan yang ringan-ringan serupa roti dan biskut (selain nasi) dan vitamin setiap hari.

Alhamdulillah, saya kira hari ini saya semakin lega bila banyak perkara dapat selesai. Sekurang-kurangnya manuskrip antologi 50 penulis seluruh dunia itu sudah dapat disiapkan, tinggalnya kulit buku yang masih belum ada. (pereka kulit buku kita menghilang pula di balik pelangi).

Selain urusan penulisan, saya rasa ‘perasaan’ usai majlis Istiadat Konvokesyen Pertama Mahasiswa-Mahasiswa Malaysia di Maghribi. ‘Perasaan’ – terdiri dengan rasa pelbagai, merangkumi gembira, sedih, haru, rindu dan sebagainya.

Awal pagi tadi, tika malam sudah tua dan fajar mula muda, saya hubungi keluarga dan guru di tanah air. Rasa ‘kurang’ bila hari yang mengembirakan kita tanpa keluarga dan insan yang disayangi. Kata abah, anggap sahaja mak abah dan keluarga berada bersama di dalam majlis ini. Saya haru. Saya rindu.

Majlis konvokesyen pertama di sini; saya sangat hargai usaha ini dan mahu ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Persiapan dan perjalanan majlisnya cukup mengharukan. Langsung saya melihat tanggungjawab yang lebih besar di sebalik penghargaan yang dipamerkan hari ini secara abstraknya. Moga Allah mudahkan segala, bantu usaha dakwah ini. Kerja agama harus diteruskan lebih tuntas di dalam gelora masyarakat nanti.

Saya akan pulang ke Malaysia dalam perkiraan dua minggu sahaja lagi. Saya sudah mula menghitung air mata dan mula merengek supaya waktu tidak terlalu cepat berlari. Saya masih mahu di sini. Masih rindu rafisa ummi di medina, laban di rumah mama Fouzia yang segar selain mama Amina di Diour Jamaa yang mengajar hidup anak rantau. Saya masih mahu Ramadhan di sini dan menyambung sarjana langsung. Namun saya menyedari panggilan dan perjuangan dalam keluarga itu adalah lebih besar. Boleh jadi pembinaan agama yang paling dekat dan kuat adalah bermula dari rumpun ini; keluarga. Ya, saya akan pulang, dan sangat mahu berbakti kepada masyarakat. Moga Allah rezekikan juga peluang untuk menyambung pengajian sarjana dalam waktu terdekat ini, insya Allah.

Apabila saya ditanya apakah perihal Maghribi itu, saya mula tidak tahu kenapa saya menjawabnya sebagai; keseluruhan Maghribi adalah darah dalam jasadku.

Saya mula dipanggil cinta kepada tanah air dengan baktinya, juga rindu yang mula menebal pada tanah Tariq ben Ziyad ini bagai tidak mahu untuk saya tinggalkan. Ya Tuhan, ‘perasaan’ ini sukar.

Dalam hidup kita ini banyak perkara yang bernama ujian dan dugaan. Sifatnya adalah berat, maka ringankanlah dengan doa. ~ Doakan saya, doakan kebaikan untuk kita semua di dunia dan akhirat ~

~saya gembira dan terharu, juga sangat teringat keluarga bila majikan saya menghadiri majilis istiadat konvokesyen tadi, juga ustaz musyrif tesis ijazah saya yang turut hadir, langsung memberikan saya segelas air setengah penuh. Saya tahu Ustaz Awwam sibuk, namun beliau masih sedia luangkan masa bersama, juga menghargai pertemuan terakhir ini, moga masih ketemu, tidak di sini, di sana…~


Tindakan

Information

12 responses

18 07 2008
Rebecca Ilham

Salam,

wah, dah graduasi! Tahniah!

18 07 2008
ainaamardhiah

Salam.
🙂 Alhamdulillah.
Syukran, moga Allah berkati…

18 07 2008
teratak

alhamdulillah.. mbruk alaik.. semoga Allah mempermudahkn jalan-jalan selepas ini…

19 07 2008
ABCD

Salam.

Tahniah diucapkan buat Ainaa atas kejayaan ini.

Hmm…apasal letak gambar yang ni? Kabur jer gambar. (walhal sebab gambar saya tak der. haha…)

Wassalam.

YB : ABCD

19 07 2008
Rahim

Salam…

Tahniah! Moga tradisi keilmuan terus dikembangkan lagi sampai mati menjemput nanti.

Alfu Mabrouk.

Proud.

19 07 2008
iela sofhillea

salam ainaa….
الف مبروك.. dh grad ye awk…wah kami kt sni msih ada lg 1 thn…tumpg gembira dgn kajayaan awk…balik brkhidmt pd ngra & jga ank bgsa…& smoga brjya smbung sarjana…aminn…doakn kami jga jga b’oleh kjayaan yg sma disni..
ok la..slm dr bumi jordan..;)

19 07 2008
aNaK sOlEhAh

salam alf mabrouk 4 all super seniors…bittawfiQ

19 07 2008
ainul arina

assalamualaikum akak…

mabruk!!
akhirnya penantian sudah berakhir… seronok tengok muka-muka puas dan gembira dlm gambar grad tuh… tahniah!!
doakan kami yang masih dalam peperangan ni yer.. semoga kami dpat grad dgn jayanya jugak macam akak.. ^_^
last but not least, wish you all the best in future.. bitaufiq wannajah!

20 07 2008
adaibrahim

salam ainaa,
mabruk alaiki
nnt teach my childs
dah cop ustazah ainaa cepat2..
hehehhe

25 07 2008
asyrafahmad

assalamualaikum aina,
Semoga keberkatan Allah ke atas kamu.
Tahniah Aina, sudah grad kamu ya,
kamu nak keluarkan buku kah?
jgn lupa reserve untuk aku, special edition punya,
percuma boleh?hehe

31 07 2008
Zulaikha

Salam ‘alayk

Tahniah buat Ainaa, Anis, Ayu, K, dan kpd adik2 lain yang tiada dalam gambar di atas… (kalau mahu marah kerana tidak disebut namanya, marahlah pada yang meletak gambar… =P).

Semoga kalian pulang bersama semangat Tariq b Ziyad untuk ditiupkan ke dalam jiwa anak-anak bangsa yang melemah. (Akak juga rindukan tanah tumpah darah beliau, tapi pastinya tidak sehebat rindu kalian pada bumi lahirnya tokoh besar itu.)

Doakan juga akak2 di sini yang masih belum berpeluang menyarung jubah graduasi… (Tertarik dgn jubah korang yang cantik… )

Ma’assalamah.

27 08 2008
farah

salam…ainaa make sure nnti awk kne tnjuk kt sy sume gmbr2 awk kt sne tau.. 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: