Tentang Rabun

13 11 2007

rabun.jpg

Setelah sekian lama sebenarnya saya ini rabun, baharu saya sedar bahawa saya ini benar-benar rabun. (seorang rakan saya dahulu menggelarkan “manusia cacat penglihatan” ketika kami sama-sama mengisi borang matrikulasi lepas SPM tahun 2004. Ada benarnya juga. Saya mula sedar diri. – tapi dikira cacat jugakah?)

Antara perkara yang mampu meningkatkan tahap tekanan pada diri dan minda; adalah apabila terpaksa menulis atau menyalin sesuatu di depan dewan kuliah sedang saya berada di belakang dan dalam keadaan tanpa alat bantuan penglihatan a.k.a cermin mata. Tekanan melampau yang membuatkan saya berasa seperti ingin menangis, atau tidur dengan begitu sahaja tanpa menghiraukan prof di depan. Tetapi silap saya juga kerana tidak membawa cermin mata. Pernah saya ditanya; kenapa tidak pakai sahaja cermin mata selalu? Jawab saya; rimas. Leceh. Nampak saja walaupun tak pakai cermin mata = tak sedar diri bahawa mata ini sudah rabun.

Pernah berkali-kali agenda meragut nyawa terjadi – namun masih belum benar-benar insaf. Kalau dulu-dulu, balik dari asrama TAHAP, dari Terminal Makmur terpaksalah berjalan kaki (sebab tak cukup bajet berteksi) ke benteng (terminal lama) untuk balik ke Pekan. Nasib kurang baik jika ‘ter’naik bas jam 5 petang, sampai malam sudah. Sekitar jam 9 gitu. Melintas jalan yang sibuk itu pernah sahaja hampir dirempuh kereta. Cuak tapi…

Pernah dulu, tika di Gare de Rabat Ville, hendak bergegas ke Kenitra, langsung dilintasnya landasan keretapi sedang kurang 10 saat keretapi akan melalui landasan tersebut. Bila siren berbunyi, saya terhenti dan berdiri di tengah-tengah rel sambil memandang ke arah terowong (Juga disebut sebagai “terorong” mengikut lahjah anak ustaz Nuar) keretapi yang semakin mendekat. Saya nampak lampunya samar-samar tetapi tidak menganggar jaraknya sangat dekat. Sehingga seorang pemuda arab menjerit-jerit memanggil supaya saya tidak terus tercatuk di atas landasan. Baharu sedar keretapi itu dekat dan banyak mata tertumpu pada saya. Cuak tak terkata.

Alhamdulillah, masih bernadi hingga saat ini.

Walau bagaimanapun, syukurilah nikmat Tuhan seadanya. Jangan sampai jadi hamba yang tidak bersyukur, dan menyalahi takdir pula. Jagalah sebaiknya anugerah Allah sebelum ditarik balik. Kata Umar Abdul Aziz: “Anugerah Allah kepada hamba-Nya adalah nikmat. Kemudian ditarik nikmat dan digantikan dengan sabar. Apa yang diganti itu adalah lebih baik dari apa yang dicabut-Nya”.

Nenek saya menghidapi glaukoma pada kedua-dua belah matanya. Sampai satu masa, saya rasa sangat menghargai pancaindera kurniaan Tuhan. (bila hilang baru tahu betapa mahal harganya)

Saya menyeru kepada semua, jagalah dan syukurilah pancaindera kita. (rasa hendak buat kempen menjaga pancaindera pula…)

Advertisements

Tindakan

Information

2 responses

18 11 2007
adaibrahim

salam…
rabun adalah cacat..
teringat zmn2 sekolah dulu…
x sangka ainaa dah ade pages..ada nak wat gak la….nak lawan die
hehehe

18 11 2007
ainaamardhiah

Salam.
(hihi) Ada lah salah seorang yang “mencacatkan” rabun itu…
Tak ngapa, kita sedar diri… (tak sempurna=cacat?)

Merhaba, meh la berblog juga. Boleh kongsi ilmu 😉
Rindu la lama tak gaduh dengan Ada..
(dan bersarang di bilik KU – markaz 24 jam itu)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: