Mawar

12 11 2007

mawar

ย PENING. Sepanjang malam berdenyut-denyut saja kepala ni. Allah sahaja yang tahu bagaimana sakitnya. Usai makan malam dengan teman serumah, tergesa-gesa bersiap untuk ke kedai fotokopi. Lupa untuk keluar petang semalam untuk fotostat beberapa dokumen untuk urusan pagi ini (tapi tak diguna juga). Tidak menjangkakan suasana di luar terlalu sejuk; keluar tanpa sweater, sekejap sahaja. Jangkaan tidak semestinya tepat. Dengan angin laut yang berbisa itu, terasa sejuk hingga ke tulang. Langsung menjangkakan sekejap, lama pula di luar (terpaksa berjalan jauh. Berkunjung ke beberapa buah kedai. Kedai keempat baharu ada perkhidmatan fotokopi; itupun punyalah lama menunggu). Akhirnya duduklah bertapa di kafe siber dekat dengan masjid. Begitu lama menunggu di situ padahal tidak sampai 10 keping pun dokumen yang hendak difotostat. Udahlah penuh dengan asap rokok, ramai pula budak-budak di situ. Terasa mual, hendak muntah pun iya juga. Semacam seram pula dengan mata-mata yang ada di situ. Dalam perasaan yang haru biru begitu, terperasan dua tiga kalimah hijaiyyah yang ditampal pada dinding dekat kaunter; โ€œtawakkal ‘alallahโ€ – tafakur.

Keluar dari kafe siber itu, kedengaran azan isyak. Bergegas ke rumah, solat, sedut ubat lelah, langsung tidur sekitar awal jam 9. Sepanjang malam dihurung pening melampau hingga subuh.

Mawar – Usai rutin fajar, baring juga sekejap dalam setengah jam sebelum 0730 bersiap-siap untuk keluar ke Markaz ath-Thaqofi, di Medina Rabat. Ada mau’ied dengan kawan arab. Tidak dapat bertahan lama di sana, peningnya menjadi-jadi. (terima kasih buat teman yang menghadiahi mawar merah di pintu masuk markaz tadi) akhirnya tekad untuk pulang usai tiga empat urusan dan sedikit diskusi.

Bila pening-pening begini, teringat mak dan abah.

Baru sedikit Allah uji, sudah macam tidak tahan. Bagaimana dengan ujian yang lebih besar?

Selalunya kalau pergi melawat orang sakit, dibawa bersama-sama bunga untuk pesakit. Kenapa ya? Orang sakit suka bungakah? Atau bila dapat bunga itu sakitnya sembuh? (Kalau saya, bila dapat bunga; cukup dapat rasa gembira, bahagia gitu…). Tapi kalau berziarah orang sakit itu, baik juga dihadiahkan berjambangan doa dan kata-kata manis, kalaupun tidak dengan jambangan bunga ๐Ÿ˜‰ ~lebih baik gitu…

ย Mawar โ€“ cinta pada bunga akan layu, cintakan Allah abadi selama-lamanya.

Perkongsianย doa;ย (naqal dari buku Hisnul Muslim)

 

ย 49- DOA APABILA BERKUNJUNG KEPADA ORANG YANG SAKIT

ู„ุงูŽ ุจูŽุฃู’ุณูŽ ุทูŽู‡ููˆู’ุฑูŒ ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ู.

โ€œTidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, insya Allah.โ€ (HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 10/ 118.)

(ร— ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ู ุงู„ู„ู‡ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู’ู…ูŽ ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุฑู’ุดู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู’ู…ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุดู’ูููŠูŽูƒูŽ. ( 7
โ€œAku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai arasy yang agung, agar menyembuhkan penyakitmuโ€ (โ€œTidaklah seorang hamba Muslim mengunjungi orang sakit yang belum datang ajalnya, lalu membaca sebanyak tujuh kali: โ€ฆ (Al-Hadits) โ€ฆ kecuali ia pasti disembuhkan, HR. At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 2/210 dan Shahihul Jamiโ€™ 5/180.)

50- KEUTAMAAN BERKUNJUNG KEPADA ORANG SAKIT

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุตูŽู„ู‰ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ุฅูุฐูŽุง ุนูŽุงุฏูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ุฃูŽุฎูŽุงู‡ู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽ

ู…ูŽุดูŽู‰ ูููŠู’ ุฎูุฑูŽุงููŽุฉู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฌู’ู„ูุณูŽ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฌูŽู„ูŽุณูŽ ุบูŽู…ูŽุฑูŽุชู’ู‡ู

ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽุฉูุŒ ููŽุฅูู†ู’ ุขูŽุงู†ูŽ ุบูุฏู’ูˆูŽุฉู‹ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุณูŽุจู’ุนููˆู’ู†ูŽ ุฃูŽู„ู’ููŽ ู…ูŽู„ูŽูƒู ุญูŽุชู‘ูŽู‰

ูŠูู…ู’ุณููŠูŽุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุขูŽุงู†ูŽ ู…ูŽุณูŽุงุกู‹ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุณูŽุจู’ุนููˆู’ู†ูŽ ุฃูŽู„ู’ููŽ ู…ูŽู„ูŽูƒู ุญูŽุชู‘ูŽู‰

ูŠูุตู’ุจูุญูŽ.

Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‡ ูˆุณู„ุงู… bersabda: โ€œApabila seorang laki-laki berkunjung kepada saudaranya yang muslim, maka seakan-akan dia berjalan di kebun Surga hingga duduk. Apabila sudah duduk, maka dituruni rahmat dengan deras. Apabila berkunjung di pagi hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya, agar mendapat rahmat hingga petang. Apabila berkunjung di petang hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya agar diberi rahmat hingga pagi.โ€ (HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan lihat Shahih Ibnu Majah 1/244 dan Shahih At-Tirmidzi 1/286. Ahmad Syakir menyatakan, bahwa hadits tersebut adalah shahih.)

51- DOA ORANG SAKIT YANG TIDAK ADA LAGI HARAPAN UNTUK HIDUP TERUS

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠู’ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู†ููŠู’ ูˆูŽุฃูŽู„ู’ุญูู‚ู’ู†ููŠู’ ุจูุงู„ุฑู‘ูŽูููŠู’ู‚ู ุงู’ู„ุฃูŽุนู’ู„ูŽู‰.

โ€œYa Allah, ampunilah dosaku, berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku dengan Kekasih Yang Maha Tinggi.โ€ (HR. Al-Bukhari 7/10, Muslim 4/1893.)

Nabi memasukkan kedua tangannya ke dalam air, lalu diusapkan ke wajahnya dan beliau bersabda:

ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽ ู„ูู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ู„ูŽุณูŽูƒูŽุฑูŽุงุชู.

โ€œTiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya mati itu mempunyai sekarat.โ€ (HR. Al-Bukhari 8/144 dengan Fathul Bari dalam hadits terdapat keterangan siwak.)

ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽุขู’ุจูŽุฑูุŒ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ูุŒ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู

ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ู„ุงูŽ

ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽู„ุงูŽ ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ุงูŽ ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุจูุงู„ู„ู‡ู.

โ€œTiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, bagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah. Tidak ada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.โ€ (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Menurut pendapat Al-Albani hadits tersebut adalah sahih. Lihat pula Shahih At-Tirmidzi 3/152 dan Shahih Ibnu Majah 2/317)

 

(persiapan untuk jumpa musyrif bahas ijazah esok, siapkan tasmim)

p/s-kepada Lilah, terima kasih tolong belikan gam untuk cermin mata saya. =) gamnya sungguh mujarab.