Laut mawar itu…

14 11 2007

pantai rabat

 LAUT ditinta merah mawar. Burung-burung petang bernyanyian sayup-sayup, pulang ke sarang. Ingin ditenung wajah laut dari jendela itu lama-lama, tapi masih belum langsai hutang pada Tuhan. (kes terlajak lelap). Sepanjang jalan pulang dari kuliah tadi, terlalu banyak perkara kami perkatakan (berdua dengan kak Ayu), seputar isu semasa di Malaysia, dan di sini juga. Kekadang, terasa malu untuk menjadi rakyat Malaysia, (sedang masyarakat di sini memandang tinggi akhlak, budaya dan pengamalan Islam di Malaysia. Malangnya, indah khabar dari rupa – kita tidaklah se’malaikat’ itu). Bermula dengan isu Zainuddin at Al-Jazeera hingga isu agama, budaya dan adat bangsa Melayu. (semacam kecewa gitu). Walau bagaimanapun, istilah malu menjadi rakyat Malaysia tidaklah bermaksud tidak bersyukur dengan keadaan ini. Alhamdulillah, sangat bersyukur menjadi rakyat negara tropika itu. (perbincangan yang panjang)

Sedikit sebanyak, terguris juga sedikit hati ini dengan beberapa hal yang berlaku hari ini. Tetapi bukanlah menjadi alasan untuk merasa putus asa dengan Tuhan. Apa yang penting; niat dan tekad. Moga tidak sasar meniti jalannya yang curam ini. Moga hati ini tabah dan cukup kuat untuk hadapi hari-hari mendatang. Moga Allah bantu. (Tuhan, lemahnya diri ini… -sedih-)

Sekembali dari kuliah (dengan perut yang minta diisi), laju sahaja kami ‘mencari rezeki’ di dapur (terima kasih, kak Ayu). Kemudian urusi satu dua perkara (termasuk mengangkat tong gas ke tingkat bawah – mak pesan jangan angkat barang berat-berat, tapi ini keperluan ; perlu untuk mengangkat tong gas itu seorangan), pening sahaja rasa kepala ini. Tadi udah hampir-hampir pitam. (dengan saki baki perasaaan yang masih sakit) ; langsung tidur. Tidaklah sangat kantuk, cuma mahu ‘pejam mata lama-lama’. Sedar-sedar udah jam 5. Asar yang kelewatan.

Usai melunasi hutang dengan Tuhan, sempat membelek-belek tulisan Imam Habib Abdullah Haddad di dalam an-Nasaih ad-Diniyyah wal Wasaaya al-Imaniyyah, halaman pertama yang terkuak menyapa mata dengan sepotong hadith pendek berkenaan takdir.

اٍذا ذكر القدر فأمسكوا

(takhrijnya tidak dinyatakan pula)
Sekitar mafhum hadith ini, “Jika sampai kepada sebutan takdir, hendaklah kamu berhenti”

Nabi S.A.W melarang mendalami persoalan takdir, kerana ia mengandungi bibit-bibit bahaya dan banyak pula mudharatnya.

Seorang lelaki bertanya kepada Sayyidina Ali r.a berkenaan takdir. Beliau menjawab, “ia laksana lautan yang dalam, jangan cuba menduganya. Ia bagaikan jalan yang gelap gelita, jangan melaluinya. Ia adalah rahsia yang ditutupkan Allah kepadamu, jangan membongkarnya”.

Seorang pembesar negara telah bertanya kepada Muhammad bin Wasi’ tentang takdir, beliau menjawab, “adalah lebih utama jika kamu menumpukan fikiran kepada tetanggamu yang ada di dalam kubur daripada melibatkan otakmu dalam mendalami persoalan takdir”.

(usai saya menaip ayat di atas, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. – bagi yang di dalam bilik air itu pasti akan teringat kes kena duduk dalam gelap masa kecil-kecil dahulu) tiba-tiba juga pintu rumah kami diketuk (ada seorang teman berkata; takutnya, orang ketuk pintu. Macam bunyi hantu – ngarut betul) Madam Hayat yang datang, rumahnya juga terputus bekalan elektrik.

Nampaknya, tidak boleh diteruskan lagi penulisan ini. Kecoh sudah suara-suara di belakang saya ini. Saya terdengar suatu suara yang tiba-tiba juga menerjah bilik ini (kebetulan laptop ini berbateri, cerah sedikitlah bilik ini), “kalau dulu-dulu, bila tiada elektrik mesti cari mak, macam nak nangis. Lepas tu mak kata; ya, mak di sini…” (siapalah yang kata tu? Siap dapat sokongan pula tu)

Perihal makan malam kami; Aduhai, bagaimanalah takdir nasi bukhari kami. Baunya sudah cukup… (tidak terkata)

Ada satu suara; bil Redal kita menjangkau ‘ribuan’. Sudah dilunasikah? Entah-entah…


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: