Selamat Hari Lahir Mak!

15 05 2012

Selamat Hari Lahir Mak! Moga selamat sejahtera Mak di dunia akhirat, dimurahkan rezki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya…

Terimakasih Mak atas segala penat lelah dan pengorbanan Mak, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kami anak2 Mak.. Sungguh, tidak dapat kami balas jasa dan kasih sayang Mak. Setitis peluh, sehela nafas mak, setitis darah mak ketika melahirkan kami itu pun tak dapat kami balas.. moga berbahagialah Mak sentiasa dan moga Allah merahmati Mak selama-lamanya hingga ke syurga…

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil… amen ya Robb…

Kami sayang Mak! Ya Allah, peliharalah fitrah kasih sayang ini…. amenn…

Advertisements