Belajarlah Untuk Menjadi Pensyukur

6 01 2011

“TAQWA Si Kecil ini masih lagi demam hari ini sejak diberi suntikan vaksin DPT dua hari lalu. Kasihan ibu tengok anak kecil ini yang suam-suam badannya. Namun, ubat demam sudah diberi tiga kali sehari. Suka benar dia hirup ubat yang manis itu. Ibu doakan anak ibu cepat sembuh… ” (Berat Taqwa sudah 5kg waktu timbang di klinik kelmarin).

Sejak semalam, hujan mencurah-curah membasahi daerah ini. Sejuk, dan rimas dengan nyamuk yang bergerombolan. Hujan lebat-renyai-lebat tidak berhenti-henti. Lalu, menjelang pagi ini, bilik Taqwa sudah mula berair. Kami sudahpun awal-awal lagi memberitahu tuan rumah hujung tahun lalu bahawa rumah ini, meskipun baharu siap, tetapi ada beberapa tempat yang bocor. Kata beliau, kawasan ini pernah dilanda puting beliung kecil yang turut menjejaskan atap rumah ini ketika mula-mula siap pembinaannya. Kecil pun tidak kecil jugalah jika sampai mesin keropok sebelah rumah habis terbang ke kampung seberang. Kami pun tidaklah merungut, cuma memberitahu. Kini, hujan masih lagi mencurah-curah.

Malam tadi, Taqwa meragam sedikit. Tidak mahu tidur. Puas ayahnya cuba pujuk, diam sekejap dan berbunyi semula. Tidaklah menangis terlalu kuat, cuma merengek-rengek, hendak bermain dan tak mahu tidur. Badannya suam-suam, tidak selesa gamaknya. Ayah bacakan ayat al-Quran pada air, selawat dan lumurkan pada muka dan badannya, baru reda sedikit dan mahu menyusu semula. Akhirnya, Taqwa tidur juga atas pangkuan ibu. Bahkan ibu dan ayah pun tidur bersila separuh malam, tunggu Taqwa benar-benar lena.

Kadangkala, manusia terlalu mudah untuk merungut dan “berbunyi” sedangkan hanya diuji dengan sedikit masalah dan ketidakselesaan. Padahal, solat 5 waktu, puasa, zakat dan sekelumit amal itu sudah cukup memberi lesenkah kepada kita untuk “memprotes” kejadian Pencipta? Allahummaghfirlana…

Masih terlalu banyak nikmat Allah yang belum disyukuri. Adilkah untuk kita merungut dan menyalahkan takdir-Nya dan ujian yang menimpa? Dalam qunut saban subuh kita bersaksi “…dan kepada-Mu kami memuji atas segala yang diqada’kan…”…


Tindakan

Informasi

5 responses

7 01 2011
sofila

Assalamualaikum wbt…wah anak ainaa dah besar..comel pulak tu… emm besut duduk area mana?

9 01 2011
ainaamardhiah

Waalaikum salam warahmatullah.

🙂 Alhamdulillah, besar sihat dia… tabarakallah ‘alayha…
Kuala Besut, 5 minit ke jeti Pulau Perhentian. Sofila, awak kat mana sekarang?

9 01 2011
sofila

ohh..saya baru sekali sampai Besut,,masa BTN sebelum gi Jordan.. kat Bukit Kluang.. duduk Setiu pulak 2 bulan setengah masa kursus GEMS akhir 2009. best la kan duduk sana, dekat ngan laut..
saya sekarang kat rumah Chini Timur, tak buat apa2 dah…tunggu result KPLI JQaF.. 22 Jan ni kluar..insyaAllah.. doa2 la dapat ye.. minat sangat nak mengajar ni..hehe.

17 01 2011
ainaamardhiah

O ye ke. Bukit Kluang dekat saja dengan rumah saya di sini. Ya, memang seronok duduk sini. Lautnya biru…

Baguslah minat mengajar. Semoga berjaya dunia akhirat. InsyaAllah, dapatlah tu. (saya ingat awak minat jadi pegawai bank 😀 )

18 01 2011
sofila

em minat jadi cikgu lama dah,tapi peluang tak muncul lagi masa dulu2.. minat nak kerja bank lepas ambil kursus tu, tapi lepas macam-macam dugaan ku tempuhi,akhirnya…cikgu juga yang jadi rezeki.. Allah tu Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.. 24 Jan ni saya lapor diri kat IPG Tg.Ampuan Afzan, Lipis.. semalam keputusan keluar.. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: