Perpisahan adalah suatu hidup yang susah.
Perkara yang sangat sukar
Amat sukar.
Perpisahan adalah kesukaran yang berat.
Lalu keberatan itu membebani segenap jiwa dan raga.
Barangkali lebih rela tidak bertemu,
Lalu mengenali, jika akhirnya berpisah.
Ogos 28, 2009 – Bay 2. 10.45am
PERTEMUAN kami sudah berakhir. Ini adalah permainan waktu. Pabila kita menunggu, waktu menjelma menjadi suatu makhluk yang menyeksakan lalu dirasakan sangat panjang dan lama. Sedang pabila kita tidak mahu ia pergi dengan deras, lalu waktu berlari dengan lajunya dan memintas seribu satu bicara. Maka, kelu sudah menjadi lafaz tersimpan.
Terasa bagai baharu saja anak-anak muda itu mendaftar hari pertama Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA), sedar tidak sedar, saya sudah berdiri di hadapan mereka pada hari terakhir yang entah bila lagi akan dapat bertemu kembali.
Untuk ke seribu kalipun, saya cukup merasai bahawa perpisahan itu sukar. Ya, amat sukar.
— tulisan terhenti di sini dulu. adik saya kemalangan.
salam.. betol ke adik ustazah kemalangan?? katne???
Salam.
Lewat malam tadi. Motornya terbabas. Alhamdulillah, tidaklah kemalangan yang teruk, cuma luka yang teruk.
Doakan ya.
Biar lepas ni jadi anak yang lebih soleh.
teruskan cerita yang tergantung bagi memuaskan para pembaca……….
Setiap yang bermula pasti menemui penghujungnya…….
ya……,
bukan kita pinta perkara sebegini beralir …….
tapi hikum allah kita terima seredhonya…….
manusia hanya mampu merancang,tetapi sebaik-baik perancangan adalah YANG MEMILIKI CEKERAWALA ini………semoga tautan mahabbah yang diribat ini menimbukan hayat islam dan diharapkan ianya berkekalan hingga akhir zaman …. thanjs sebab sudi menjaadi coretan sejarah hidup saya k
salam mahabbah,sedihnya xdapat turut hadir dalam majlis bahagia ustazah,ala kulli hal,mg bahagia hingga kesyurga..amin,doakan saya kat cni ustazah ye..rinduny kenangan di kiba,sedetik bersama seabad terasa:)