SEMPAT rasanya. Baru balik dari perpustakaan. Kepala rasa pening-pening pula. Tiba-tiba mata diterjah kantuk yang entah dari mana asal usulnya. Aduh, ini bukannya waktu tidur. Waktu kena betul-betul diuruskan dengan baik. Ada empat buah buku yang perlu dibaca sebelum hujung minggu. Ada lembaran manuskrip yang perlu disiapkan sebelum hujung bulan. Sempat ke?
Pagi tadi sempat lagi hantar mak naik ambulan. Saya tak naiklah. Saya naik letak barang saja. Mak bertugas ke Chini minggu ini. Di kem PLKN di sana. Maka, berdiamlah mak di kem sana sehingga hari Jumaat. Moga segala urusan kerja mak di sana dimudahkan. Banyak-banyak selawat dan zikir 😉 Sayang mak!
Saya rasa, tempoh masa untuk beberapa urusan yang agak banyak juga ini sudah makin pendek. Tapi saya harap sempat untuk urusi semuanya. Moga Allah mudahkan.
Pun dalam keadaan macam ini, sempat lagi saya ‘menembak’ habuan-habuan Lensa Jati bila keluar rumah. Ada saja aktiviti yang mahu dibuat, sambil sempat menghalau stres yang suka ketuk pintu jiwa.
Bila banyak masa ‘menembak’, maka sempat lagilah pula ber’fotopages‘. Almaklum saja Fotopages saya yang lama itu sudah berhutan rimba lama tidak diselenggara. (Gara-gara lupa username dan password langsung). Jadi, senang-senang, saya buat sajalah laman blog foto yang baharu. Lalu lahirlah blog kedua di bawah ‘Galeria Ainaa Suhaimi’ yang masih menggunakan nama Lensa Jati (selain lensajati.wordpress.com yang juga terbengkalai lagi pembinaannya, ini versi anak cicit dialah). Sempat lagi. (boleh faham ke?)
Antara sebab saya terpaksa juga (tak terpaksa pun, suka saja…) hidupkan Lensa Jati di Fotopages pula antaranya;
– Saya kan suka muat naik gambar untuk Melati Jiwa.
– Sekarang kapasiti gambar dalam blog ini sudah makin terhad dan akan habis. Untuk muat naik dengan kapasiti yang lebih besar, tentulah saya perlu upgrade ke akaun berbayar.
– Saya tidak mahu bayar. Sebab saya hendak blog yang free dengan kapasiti unlimited 😀
– Dengan merajinkan diri memuat naik di Fotopages sambil menulis entri di sana, saya dapat menghubungkan link foto di sana ke Melati Jiwa.
– Jadi, saya pun dapatlah menambunkan gambar tanpa had di Melati Jiwa juga.
– Maka, jimatlah duit saya dengan blog yang percuma dan kerajinan yang bertambah. 😉
Sempat lagi saya berleter di sini, sedangkan saya kena baca buku.
Ok, jumpa lagi. Selamat datang juga ke laman Lensa Jati di http://ainaasuhaimi.fotopages.com/
Oh, saya tak sempat beli ikan di pasar tadi. Lupa. 😀
assalamualaikum..
Wah, tinggi sungguh “himmah” dalam menyusur aturan hidup. Moga sentiasa dikurnia kekuatan, insyaAllah.
Nampaknya, usaha kini telah ketemui noktahnya (pencarian -stor-simpan-gambar). Hehe. Tapi, ada musykil sedikit.
Dengar-dengarnya, fotopages itu miliknya Yahudi (si terlaknat). Atas dasar itu, ramai pengguna Malaysia (sama ada di Malaysia, Jordan dsb) meringankan jemari menghapuskan akaun mereka (termasuk ahli “bait” kami) dari laman itu.
Pernah perasan tak di muka utama laman itu, rata-ratanya adalah pengguna Israel? Lontarkan cubaan melihatnya, pasti ditemui hakikatnya.
Apapun, moga “himmah” itu dapat diserap oleh semua demi memperoleh berkatnya ilmu titipan rahmat Allah. Doa-doakanlah kami di sini ya! (kami baharu langsai hutang peperiksaan – kini dalam tempoh penantian natijahnya).
Salam dari Gerbang Andalusia.
Wa’alaikum salam wrbh.
Ahlan.
Alamak! tak perasanlah pula. Macam mana boleh terlepas pandang ya? Aduh.
Nampaknya terpaksa cari alternatif lainlah pula.
Sesiapa, ada cadangan?
Insya Allah, bittowfeq wannajah… mustahsan, fouq insya Allah 😉
salam…sama-sama memboikot barangan Israel Laknatullah…
bismillah kunjung laghi kak…..
mari bersama tuk katakan tidak untuk Produk Zionis Israel…
kerna tau akibat yang akan didapt bila kita masih memakai barang Produk Israel, semoga Allah jaga kita dari bahaya Produk2 Israel…
Allah kan berikan ganti yang lebih baik tuk ikita semuwa, dan juga Sodara kita yang ternista dan terdlolimi di Bumi Suci Palestina…
Palestina adalah “ardlul Muqoddas”, bumi yang disucikan…
Allahu Akabr, boycott Israel Produk…
mak aih empat manuskrip seblm hujung bulan…? huuuh… gila kentang tu…