Bersenyum

5 01 2009

faris-danial

ALHAMDULILLAH, selesai juga akhirnya lembaran-lembaran tulisan sejak minggu lalu itu. Benarlah, kita akan rasa terbelenggu selagi mana tanggungjawab tidak selesai. Pergantungan kepada Allah harus selari dengan usaha. Moga dari situ akan dikurniakan keberkatan. Dengan izin-Nya jua. Dengan selesainya tanggungjawab ini, baharu boleh selesa untuk bersenyum walaupun rasa sangat letih sebenarnya. Alhamdulillah.

Minggu ini, hujan semakin garang, lalu membawa petanda akan banjir. Lebih kurang dua hari lepas sahaja sudah ada kawasan di sekitar Pekan dilanda banjir. Rumah mak saudara saya di Kg. Pelangkah sudah dinaiki air. Maka menginaplah dua malam mereka di bawah bumbung kami (yang bocor ini). Seronok juga bila ada tetamu macam ni, lebih-lebih lagi ada Sang Faris Danial yang suka senyum simpul itu. Baiklah benar budak ini. Usianya sekitar 7 atau 8 bulan. Waktu mamanya berkahwin dulu, saya cuma lihat gambarnya dari Morocco sana. Bila saya balik Malaysia, sudah berbulan-bulan usia Faris yang comel ini. (sikit-sikit dapat ganti rindu pada Aufa).

Oklah, saya tidak punya banyak masa untuk berceloteh di Melati Jiwa hari ini, kerana masih sibuk dengan ‘bedah tulisan’. Target akan siap sebelum 30 Januari! Doakan saya!

Semangat membara dalam tarian pena untuk Palestin.

Qunut Nazilah buat mereka…

~saya cuba-cuba baring dan pejam mata dalam lima sepuluh minit (kononnya nak pulihkan keletihan seharian) tapi, mata ini asyik kelip-kelip sahaja (bermakna tidak boleh tidurlah… sehinggalah tiba waktu tidur nanti – susu panas!)

 


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: