DI sebuah dapur, kedengaran sebiji telur menjerit diterjah ke dalam kuali berminyak panas. Bunyi semacam permulaan proses untuk sejenis makanan yang biasa dimasak oleh orang lelaki. Sejurus, saya rasa penting untuk berpaling. Segera!
“Amin…” sepatah dan senyum panjang.
Orang lelaki itu pun menoleh saya yang sedang enak bersila di hadapan komputer.
“Amin…” masih memanggil (sikit-sikit macam kucing minta makan). Amin pandang, keningnya terangkat.
“Amin, sedap ke apa yang awak tengah buat tu?” buat-buat tanya. Amin terus senyum tanpa jawapan. Cuma isyarat mengerti.
“Amin, awak buat dua ke? Terima kasih” cakap cepat-cepat, lalu terus buat-buat sibuk pandang monitor. Amin masih sengih dan tidak menjawab.
Cuma beberapa ketika lepas itu “Ena, ni awak punya”.
“Terima kasih, Amin…” senyum penuh gumbira.
*makanan itu dikenali sebagai “Benjo”.
SEMENJAK dua ini keadaan semakin buat saya terpaksa ambil ubat gastrik, mungkin gara-gara kurang jaga waktu makan, atau kurang selera, atau tiada perasaan untuk makan, atau terus tidur lepas Isyak dan tidak sedar mak dan abah panggil berulang kali untuk makan, atau banyak fikir perkara lain, atau sibuk. Melainkan tengah malam baharu terjaga. Sama ada minum susu panas, atau ‘esok sajalah makan’.
Pagi ini, rasa pening-pening dan seperti mual saja. Bila bangun dari duduk, rasa seperti akan tumbang – gelap mata. Kata abah, mungkin kurang gula dalam darah dan tekanan darah rendah sangat. (Hihi, terkaan pertama 100 peratus sasar, sebab saya sudah santap berkeping-keping ‘cokelep’ dalam satu pagi – lalu saya senyum saja) “kurang minum air kot,” jawab saya.
Usai solat asar tadi, salam dan cium mak, “Mak demam ke?” macam panas saja. Tapi mak kata, mak tak demam tapi saya yang sejuk. Memang sejuk, baju tiga lapis dan stokin tebal. Sejuknya… hujan tidak berhenti-henti.
Bila Farah tanya, “demam ke?”, saya jawab, “tak pasti lagi demam atau tak.”
Namun, saya terpaksa segera tinggalkan Farah (yang merindui saya itu 😛 ) kerana seruan makan lebih utama saat itu.
“Saya makan untuk Farah, ye“
“Boleh juga, saya takkan menolak bab makan…”
lalu, saya berpesan; “tapi tak payah la nganga mulut, nanti masuk lalat pulak” 😀
Saya masih belum siapkan projek penulisan minggu lalu. Antara sebabnya;
– Saya tidak boleh tumpu menulis di dapur sebab nanti nyamuk gigit kaki.
– Kalau menulis sambil berlunjur atas katil dan laptop atas riba, kata abah, nanti tertidur dan komputer terbalik, jatuh bawah katil. (hehe)
– Nak makan ‘cokelep’.
– Sibuk.
– Belum sampai seru.
Saya akan siapkan malam ini. Insya Allah.
(semalam sempat juga beli Cadbury yang kotaknya lebih besar dari isinya itu. Yang penting – ‘cokelep’.)
Alhamdulillah. Terima kasih, Tuhan.
assalamualaikum aina.. just a reminder. mungkin aina terlepas pandang. Cadbury ada dalam senarai boikot israel. kita sama2 boikot lepas ni ya. (baru balik demo, suara masih belum nak ada. kami jerit sekuat2nya tadi. Free! Free! Palestine!! seronok tengok kanak2 kecil dan orang2 tua yg semangatnya xkalah pemuda)
“Bunyi semacam permulaan proses untuk sejenis makanan yang biasa dimasak oleh orang lelaki..” <–semacam satu elemen sinis disini..tp jgn dilupa, tukang masak terhebat dunia adalah lelaki.tukang masak persatuan pon..ehehe~
teknik meminta sesuatu tanpa diberitahu..boleh dipraktik!
mcm mengidam cokelep jer… huhuhu
Ermm… tidaklah terlalu mengidam, cuma rasa nak sangat makan… (gara-gara stress juga) huhu
Ehe… sinis ya? Tak niat pula…
Cuma kebetulan, kalau jumpa gerai burger/benjo tak pernah lagi orang perempuan yang masaknya.
Tapi, kalau bab memasak ni, memang tak boleh nafi… bila orang lelaki masak ada dua saja keadaannya; sangat sedap atau ‘ok… boleh la’..
Tapi kalau Mat Nor, Nafir, Hamiz, Al-Amin dan seangkatan dengannya… memang boleh puji la… (Ikram? akak tak rasa lagi masakan awak, kalau Amin iya la… selalu juga hantar sepinggan dua ke Salsabiela) 😀
(teknik kucing ke?) 😀
Wa’alaikum salam, kak…
Alamak, tak perasanlah. Huhu, nampaknya saya perlu berpuasa dari Cadbury…
Adeh…
saya pernah antar sepinggan dua, tapi pinggan jer la..
masa saya nak antar masakan saya, akak dah balik malaysia dah..xdapat la nak rasa masakan saya..eheh.
saya pon rasanya xpernah rasa masakan akak…=P
Aha… itulah pasalnya, bila akak hantar makanan, awak takde kat rumah… (takpun, hantar sikit aje, ataupun… mase tu awak tak sampai morocco lagi 😀 )
ha, nanti balik Malaysia, jemput la datang ke rumah, akak masakkan untuk awak…
Tapi… banyak kali sudah saya semak balik, tak de pula tulis Cadbury… hurmm… sesiapa ada link, boleh kongsi…
sebelum tu, nak tanya dulu..akak ni boleh masak ke???ehehehe..saje jer..jangan marah..just kid!
“kep cokelep, kep pisang, kep vanila ‘blender’, roti canai, roti manis, pengat labu….bla..bla..bla..”
~nyumm..nyum..ngap..
Kakakku yang suka makan 😀
Belum cuba belum tau la…
cadbury juga bersekongkol di bwh syarikat israel..pape pn boikot ok
Boikot habis-habisan! Ayuh! uh…