Pagi Yang Ceria

28 12 2008

dec-28-08-inderapura

BOLEH tahan juga aktiviti pagi ini. Seperti semalam, cuma bezanya hari ini bawa kamera bersama. Sempat juga dalam jarak dua tiga (atau mungkin empat) kilometer berjalan kaki melihat alam (flora dan fauna), ‘menembak’ apa yang dirasakan patut. Seronok juga sejak agak lama tak punya masa untuk mengambil gambar sambil jalan-jalan bersenam. Bezanya kali ini berdua dengan mak. Selalunya kalau buat projek ‘menembak’ semacam ini, biasanya berganding dengan abah. Namun, semenjak dua ini abah masih tidak berapa sihat. Usai selesaikan sarapan untuk abah, kami berdua pun mula berjalan sehingga ke Taman Tasik Inderapura โ€“ berjalan dua tiga pusingan sambil meninjau-ninjau burung-burung pagi yang keluar mencari rezeki. Sempat juga mengambil gambar tiga empat jenis burung, termasuklah burung raja udang coklat (semacam merah). Semalam kami nampak dua ekor raja udang biru di parit sebelah jalan besar, tapi silapnya tidak ada kamera pula.

Subhanallah, Maha Sempurna Allah SWT menciptakan sekalian alam ini.

Semenjak mak mengalami hipertensi yang agak membimbangkan, kami mula merubah sedikit sebanyak cara pemakanan, juga bersenam bila cuti hujung minggu. Jadi, aktiviti kekeluargaan bertambahlah. Secara tidak langsung, saya juga turut terlibat dalam program kesihatan ini. (kalau tidak, tentu culas untuk keluar berjoging pagi-pagi).

Namun, gara-gara ketekunan mak menjalankan aktiviti senamannya yang tampak konsisten itu, selalu sahajalah saya perlu kejar mak kerana ditinggalkan jauh ke belakang. Apa tidaknya, bila mak sedang bersenam, saya juga sibuk mengamati-keindahan-alam dari lensa kamera. Jadi, sempatlah terpaksa berlecak, lalu mulalah air masuk ke dalam kasut dek mahu tangkap gambar burung. Paling tidak pun, akhirnya berlari anak mendapatkan mak, โ€œmak… kerengga gigit saya…โ€ lalu, baharu jalan jadi cepat. Minta mak pegangkan kamera dan menghukum mandatori sang kerengga yang telah menceroboh masuk ke dalam baju. Bisa juga kena gigitannya.๐Ÿ˜ฆ

bersama-bonda
(Tidak sempat mahu muat naik gambar-gambar tadi, ini saja yang sempat) Kami mahu bersiap untuk ke kenduri kahwin saudara Alias Baharom di Kampung Parit, Pekan. Senior saya tika di Morocco dulu. Selamat pengantin baru buat Abang Lias dan Abang Mie (semalam, maaf tak dapat hadir) serta pasangan masing-masing. Moga diberkati hingga ke syurga.๐Ÿ™‚


Tindakan

Information

10 responses

29 12 2008
ekramhakim

pegi kenduri umah orang..ustazah ainaa bile plak?sekadar bertanya…=D

29 12 2008
ainaamardhiah

ehe… bila tiba waktunya๐Ÿ˜€

31 12 2008
Ayong

Rindunya pada suatu waktu dahulu..
..waktu yang boleh dikatakan setiap minggu / setiap kali balik bercuti dihujung minggu, kami sekeluarga akan beriadah pagi-pagi, seterusnya bersarapan dirumah nenek.

31 12 2008
ainaamardhiah

Ahah… memang rindu waktu itu, kecuali segmen ‘kena gigit dengan agas laut’ waktu beriadah…

Rindu nenek.
Rindu Ayong juga.
Bermakna… Ayong = nenek. eheh…
Ayong, awak dah jadi nenek ke? (maknanya awak dah tua ke?)
ihihi

2 01 2009
Ayong

Rindu Ayong?? Warrghh… ;p ;D

Awak lagi tua sebab dah jadi seorang ‘makcik’..
Jangan jadi macam ‘makcik-makcik’ dah ler.. hihii

3 01 2009
ainaamardhiah

Ala… jadi makcik pun best juga. Bukan semua orang dapat anak saudara.
… dan bukan semua orang dapat jadi makcik kepada Aufa.

makcik-makcik? tu bukan ke awak pada suatu masa dahulu?๐Ÿ˜›

5 01 2009
Ayong

“Adakah aku yang ‘makcik-makcik’? Oohh tidak mungkin kerana, diriku lebih kuat mengatakan ‘ke-makcik-an’ dan ‘ke-mak nenek-an’ memang sifat adikku ku tersayang yang bernama Ainaa itu sejak dahulu lagi.”

5 01 2009
ainaamardhiah

Ayong ni… gigit kang!๐Ÿ˜›

6 01 2009
Ayong

..nanti bila saya balik, saya gigit awak banyak-banyak!

6 01 2009
ainaamardhiah

e… Ayong ni… selalu gigit orang! (Ayong ni macam kakak kucing je)

~nanti Aufa gigit awak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: