Takku sangka di malam ini
Tiada lagi purnama yang menerangi
Hanya sementara terselindung balik awan
Diselubung kegelapan sehingga ku terpenjara
Lantas ku berlari jauh
Mencari cahaya untuk menyuluh
Jalan untukku pulang
Wahai Tuhan Yang Agung
Kau Yang Maha Pengampun
Andai diri Kau hukum
Itu keadilan-Mu
Kupohon maghfirah-Mu
Ampunilah dosaku
Tempat untukku mengadu
Kasihanilah hamba-Mu
Di sinilah hakikatnya
Aku tunduk aku akur
Dengan takdir-Mu
Sebarang janji seringkali aku mungkiri
Tidakkah pernah sekali kau menjauhkan diri
Sedari mula tidak mungkin dapat aku lari
Dari ujian semua dugaan telah Kau beri
Walau hidupku penuh noda dosa yang terpahat
Tidak henti Kau anugerahkan ku secukup nikmat
Sungguh Kau lah yang Satu, Tunggal tiada serikat
Ku mohon sejahtera diri ini dunia akhirat
SEBETULNYA terlalu banyak yang berlegar tidak terluah sekitar tiga empat hari ini. Namun semacam tidak punya kudrat pula untuk menulis. Hingga malam ini juga seperti sangat tidak kuat untuk hidup. Cukup Allah masih perkenan temankan diri ini. Cukuplah Allah untuk segala-galanya.
Tiba suatu masa, terasa suatu rasa buntu yang melampau.
Saya tidak mahu berputus asa dengan Tuhan.
… Kepada sebatang nyawa di dalam diri;
kita sama-sama tidak kuat
tetapi kena sama-sama berusaha untuk jadi kuat
Berusaha!
Banyakkan selawat,
moga diberi ketenangan dan kekuatan.
Saya masih mahu taip sesuatu, namun kepala ini sudah rasa seperti kebas, pusing-pusing serupa pitam. Saya berhenti dahulu.
~ tadi Ali Imram tegur, terima kasih Tuhan kerana pujukku dengan halaman-halaman itu… ~
Allah… Allah… Allah…
ai.. ehe.. saje nk tinggal komen.
semacam je post kali ni. pastu nmpk air muka awak td cam risau sesuatu je. rileks2 k..
tumpu pada yang lebih utama. minta bantuan Allah, insyaAllah segala yg berlegar di fikiran awak tu terlerai. jgn pk sgt.. biasa la tu, syndrom imtihan. ehe.. apa apa2 masalah yg x berkaitan imtihan, tolak tepi, gantung x bertali dulu k. slesai kemudian. slamat menaip bahas! =D
Alahai, Fie…
Awak ni, saja je ckp mcm tu; buat saya sangat terharu. Anyway, terima kasih atas keprihatinan. Insya Allah kita sama-sama kuat.
Saya sedang berusaha menyiapkan bahas juga ni. Moga terlepas daripada hal ehwal luar yang menyakat hidup ini. (kalau sakat takpe lagi, tp kalau dah tahap ancam… minta jauh sampai rasa nak bunuh diri ~astaghfirullah… )
Mekasih, Fie… saya ok 😉