Bila rindu…

5 03 2008
ANGIN kuat sungguh hari ini. Sejuk semacam sahaja. Semalam udah seharian dilanda ‘seakan-akan-demam’. Letih seperti ‘jatuh sakit’. Moga sejahtera senantiasa.

Usai muzakarah ilmiah bersama Azian dari Sheffield juga adik-adik junior dari Kenitra secara online -sekitar sejam-, baharu terasa letih bercakap . Terus terasa ingin lelap dengan ‘tekun’ di pembaringan untuk lima-sepuluh minit. Ah, kandas. Jam tiga baharu bergegas ‘mengejar’ bas untuk ke Hassan. Lewat hampir 30 minit ke kelas perancis.

Kekadang, hati ini sangat rindu untuk pulang ke kampung (entah kenapa petang ini sentimental sahaja). Sedar tidak sedar cuma berbaki lebih kurang 10 minggu sahaja lagi sesi pengajian ijazah pertama ini! Cepatnya waktu. Allah… semacam belum sedia untuk terjun ke dalam masyarakat di tanah air. Namun hati sudah merindui hijau sawah padi, suam-suam hujan tropika menangisi hari dan yang paling dirindu; bau mak abah yang penuh kasih sayang itu. ~ semacam hilang bicara.

Teringat. Balik cuti musim panas yang lalu, abah masih sakit-sakit. Namun, semangatnya sangat kuat mahu berusaha untuk sembuh. Seribu satu ikhtiarnya. Kata abah, dia mahu sihat ketika majlis kahwin Ayong, dia mahu sihat ketika hari raya juga. Malam sebelum majlis kenduri Ayong, abah awal ke pembaringannya. Sakit katanya. Tidak berdaya untuk bangun. Waktu keluarga abang Irfan datang malam itu pun, abah tidak bangkit. Alhamdulillah, esoknya abah ‘nampak sihat’.

Hari mahu berangkat kembali ke Maghribi, fikiran sangat tidak keruan. Sedikit-sedikit ‘makan hati’ dengan Angah yang merajuk itu. ‘Terasa’ dengan abah; sangat tidak bersedia tinggalkan Malaysia dengan nafas begitu. Sebelum bertolak, menahan sebak salami mak, abah. Waktu itu berjujuran juga air mata ketika seperti tenggelam mendakap abah, cium pipi abah. Membaca genang di kolam matanya dalam-dalam. Teringat; melepasi zaman kanak-kanak dahulu kali pertama memeluk abah kuat-kuat ketika darjah enam, sebelum UPSR. Moga kembali cuti lalu bukan kali terakhir merapat bau abah. ~ rindu dengan sangat.

(terasa harus berhenti menaip; atau banjir pula Salsabiela ini)

Waktu saya di pondok dulu, abah sakit sampai dua minggu tidak berapa boleh bangun. Abah tidak bagitahu saya pun, sehingga saya menghubunginya. Kami buat bacaan yasin, solat hajat juga. Doakan abah cepat sembuh. Tika itu Angah juga sakit-sakit. Bila saya bicara dengan seorang sahabat, dia membalas; jangan sampai kecintaan kita pada makhluk itu mengatasi cinta pada al-Khaliq, siapa pun mereka, meskipun ibu ayah kita. Cintakan ibu ayah juga ada batasnya. – sejenak saya sedikit terkedu. Ya, kita semua pinjaman. Barang dipinjam, sampai waktu tetap harus dikembalikan. Benar, mencintai Pencipta Cinta itulah yang abadi.

(saya sudah gam cermin mata saya untuk kali keempat, tetapi belum untuk kali kelima – malam semalam telah patah sekali lagi) ~dunia sangat sementara.


Tindakan

Informasi

5 responses

7 03 2008
senyum

Rindu yang berkesamaran menutup mata yag melihat.

12 03 2008
al-fannani

Rindu itu menyeksa, perit jika merasa, namun bersabarlah, masa berlalu tanpa berputus asa, tiada ragu meninggalkan kita, sedar tidak, dah tiba waktu berpisah , berpisah dengan medan pertempuran kini..di sana gembira pasti.

Mereka di sana sememangnya bungkam tidak mengkhabar, kendatipun mereka seksa dimamah derita, hanya secebis khabar yang tersampai, kerana mereka tidak ingin anak anak mereka turut kecundang.

berdoalah, kerna itulah yang mampu, kita ni lagi berjauh, hanya memohon pada Dia insyaAllah…

Allah Helps.

12 03 2008
ainaamardhiah

Salam.

Terima kasih, saudara al-Fannani.
Mabrouk; bergelar graduan kini.
…dah makin hampir waktu kembali ke tanah air.

Perjuangan di sana tentu lebih besar.
Moga Allah bantu.

11 04 2008
adaibrahim

salam ainaa..how ur life??x lame dah nak balik msia kan??..hepi lak hendaknye ye..RiNdU jUgE nAk bAlIk mSiA(“,)

11 04 2008
ainaamardhiah

Salam Ada…

Alhamdulillah, cuma sekarang sibuk dengan SUKMA’o8 di sini, persatuan pelajar Malaysia anjurkan. Bukan selalu dapat sukan sungguh-sungguh. Tesis pun masih dalam pembikinan… doakan…

Dah dapat tiket balik. InsyaAllah, 2 Ogos, penerbangan ke Malaysia.

Rindu tu memang… selalu saja datang. Lagi mahu dilupa, lagi disakat… Ah, sentimental… ;p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: