Nafas Pilihan Raya

1 03 2008

pilihan-raya.jpg

CEMBURU dengan kehangatan PRU di Malaysia waktu ini. Bukan selalu dapat berada dalam zon ini. Bertahun-tahun, baharu menjelma semusim. Hendak memilih bersifat berkecuali? Oh, pastinya tidak terjangkau untuk ‘begitu’! Kita membaca; membaca nafas-nafas yang berlegar di sekeliling kita; tidak mahu tandus untuk menterjemah. Kalaupun tidak untuk khalayak ramai; sudah cukup melepas idam untuk khalayak jiwa dan minda sendiri.

Mengundi? Seorang sahabat mengingatkan bahawa saya tidak cukup umur. Aduhai, ingatkan udah besar; tidak cukup umur lagi rupa-rupanya (lambat sangat 25 Ogos…). Kalau anakanda sultan Murad; Muhammad Al-Fateh itu sudah mentadbir negara tika usia belasan tahun lagi. (mestikah usia menjadi penghalang?) Kita? ~AUKU?

Kota Konstantinopal, teguh Rumeli Hissari dengan 3 purnama menggempar jiwa Kaisar, Maharaja Rom dalam kekagetan. ‘Kekuatan’ Istanbul tika itu adalah kekuatan jiwa pemimpinnya. Bahkan empayar di seluruh dunia yang jatuh itu adalah kerana kepincangan politiknya. Kerajaan diri adalah hati. Sebesar manapun ‘kerajaan’ itu; lihatlah siapakah empunya hatinya. Dari daging nan segumpal itulah lukisan ‘kerohaniannya’ terzahir.

Hangat pilihanraya di tanah air; benar-benar terpanggil untuk ‘bersama’ bernafas dalam ‘udara’ yang sama. Jika Malaysia itu sekangkang kera sahaja dengan tanah Tariq ben Ziyad ini; mahu sahaja saya turut berada di Malaysia. (Pastinya bukan untuk ‘suka-suka’).

Negara – Cukup kenalkan kita dengan negara kita? Dari mana kita mengenal negara kita? Bagaimana kita mengenalinya? Dari media? Dari ilmu, dari hati, emosi atau apa?

Pilihan raya; antara usaha bagaimana kita mencorakkan negara. Kita yang berperanan. Patut terkecualikah kita? Apakah kita ini tiada nilai dan tanggungjawab dalam mencatur halatuju negara?

Usah sibuk-sibuk mempertikaikan sebesar-besar perkara jika soal taharah untuk bersolat pun kita pandang remeh. Hendak membina agama dalam diri pun masih pincang, bagaimana mahu membina agama untuk ‘kesuburan’ negara? Mahu ‘bertani’ pohon yang baik; pasti dengan benih yang baik. Namun jika terlalu ‘bersemangat’ menanam; tanpa ilmu dan ‘jiwa’ tidak dapat dijamin kebertumbuhannya;- kerana terlalu semangat mengorek tanah untuk menanam benih sehingga tidak bertumbuhan; tertimbus terlalu dalam. – usaha bersemangat tanpa ilmu yang sia-sia.

Perjuangan? Kita ini mahu berjuang, ya? Berjuang dengan ilmu atau dengan semangat? ~bahawasanya amatlah rugi bila tin yang sangat kuat bunyinya bila ‘diketuk’; isinya kosong.

“Jika kamu seorang yang berpandangan, maka pastikan dirimu juga seorang yang berpendirian. Sesungguhnya pandangan boleh menjadi rosak hanya kerana kamu berbelah bahagi” – Abu al-Tayyib al-Mutanabbi.

~Kita suka makan ikan, tetapi bencikan tulang ikan.~


Tindakan

Informasi

3 responses

6 03 2008
alhammasiyy

assalamualaikum..

Alhamdulilah,segala puji bagi allah..

bagaimana kalau daku katakan keperluan mencari ilmu dan pengamalanya beserta semangat di dalam perjuangan islam adalah dua unsur yang saling tak terpisahkan??mencari ilmu tanpa ada semangat untuk perjuangkan islam dan semangat ingin perjuangkan islam tanpa ilmu lantas diamalkan adalah dua keadaan yang saling tidak melengkapi didalam hidup penuntut ilmu..tanpa perlu dikurangi kedua-dua unsur tersebut..mengurangi salah satu dari dua unsur adalah tidak wajar..

sekadar bertanya sahaja,dan sekadar ingin ambil tahu pendapat empunya blog,sangat-sangat tidak berniat ingin mempertikai..semoga mendapat manfaat,allahu yubarik fiiki

6 03 2008
ainaamardhiah

Waalaikum salam warahmatullah wabarakatuh.

Bismillah, alhamdulillah.

Terima kasih sudi berkomentar. Saya bersetuju dengan saudara Alhammasiyy;
ilmu+amal+semangat=perjuangan Islam.

Saya cuma ingin menegur diri sendiri dan sebilangan khalayak yang hanya dan sangat bersemangat untuk ‘berjuang’ tetapi kosong. Lantang semata-mata tidak mencukupi, jika tiada ilmu (lantas amal).

Ya, bukankah lebih baik, bila ilmuan yang benar itu bersemangat untuk berjuang. Baharu wujudnya dapat dikongsi semangatnya menggetar perjuangan khalayak.

Kita mahu menjadi ‘muslim’ ; perlukan ilmu.
Kita mahu menjadi ‘mukmin’ ; juga perlukan ilmu untuk beriman
Tekun ‘beriman’.
Sedangkan iman itu ada turun naiknya, inikan pula semangat.
Namun, semangat yang sentiasa ‘naik’, tanpa iman (juga ilmu) tiada erti.

🙂
ayuh kita berilmu, beramal dan bersemangat! 😉

16 04 2009
thanaif

Ukhtie ,

Menjadi diri sendiri dengan acuan kewarga negaraan berperibadi tanpa ‘bisu buta dan tuli’ mengungkapkan kebertanggungjawaban ke atas setiap anak-anak Adam yang lelaki mahu pun perempuan tidak seorang jua pun wajar diabaikan hak mengenali kebenaran keadilan untuk diseimbangkan pengukuhan keperluan ummat kepada kepimpinan wahyu.

Kepimpinan yang dipilih secara persetujuan dari pilihan rakyat sistemnya semakin memerlukan alternatif dari pradigma yang lebih bermoral.
Urusan rakyat dan negara bukan wewenangnya boleh dilepaskan begitu sahaja sehingga genggaman kekhalifahan yang menjadi perjanjian beramanah untuk beribadah mengganggu eko dan sistem persekitaran alam dan manusia.

Sumber-sumber alam yang memberdayakan guna tenaga kelupusannya wajar diambil kira jika benar warga di arah pandukan ke gerbang dunia dekad 21.
Dan kita tahu warga dikelompokkan dengan dua jenis iaitu yang berpendidikan tinggi dan yang berpendidikan tetapi sekadar menyempurnakan tempuh persekolahan mereka tanpa terlucut hak-hak kewarga negaraannya.
Ciri persamaan ke duanya bagi yang muslim, sejauh manakah kemuslimannya mempengaruhi cara hidup dan kemahiran berfikirnya untuk berkemandirian di tengah masyarakat natijah dari proses pendidikan yang diterimanya.Mereka tetap merupakan pengeluar pengguna yang produktif dengan pendapatan yang berbeza dan pasti juga pekerja buruh tidak akan mengambil tempat pekerja profesional. Ia asuhan santunan budi etika akhlak dan moral. Dan yakin dengan pasti yang miskin hanya mampu jujur dengan kemiskinan mereka seperti mana yang kaya jujur dengan kekayaan mereka.
Benarkah begitu?

Sudah agak terlewat, tetapi masih segar untuk bersama bertukar pandangan untuk dimanafaatkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: