Merancang

24 01 2008
SEPERTI menjalani sepanjang hari yang tepu dengan soalan, jawapan; membaca dan berfikir seterusnya merancang. Bagus juga jika hari ini dapat dihabiskan dengan ‘merancang’ semoga rancangannya dapat diselenggara sebaiknya. Moga Allah berkati.

Lewat petang semalam, sahabat sebelah meja, sebelah kata masih membuatkan saya terharu dan dikesit keseganan yang amat. Bukan sekali dua begitu. Kerap juga. Saya jadi segan. Semenjak dua ini kesihatan sedikit terganggu. Walaupun udah dipesan supaya ke hospital dan makan ubat, saya masih selesa menangguh jadual untuk berjumpa doktor hingga ‘sampai seru’. Namun, tidak disangka-sangka, sahabat saya yang comel ini telah belikan ubat di farmasi untuk saya. Bukan satu, tapi dua. Alahai, ngapa selalu susaha-susah sahaja. Terharu. ~ Allahu yajziki bilkher… (terima kasih buat Khalilah saya…)

Sedar tidak sedar, mahu tidak mahu, memang kena juga gerakkan fikiran ini untuk merancang ‘masa depan’ yang semakin mendekat ini. Semester 6 (musim bunga-panas) akan bermula tengah Februari. Tesis; masih dalam marhalah mengumpul bahan. Moga Allah bantu. Tadrib; letih pun letih juga, tapi kena kuatkanlah. Urusan untuk pengajian lepasan ijazah pun sudah perlu diatur dan diurusi dalam waktu terdekat. Udah tidak boleh bermain-main, tidak boleh ditunda-tunda. Waktu kecemasan. Sahabat-sahabat sudah mencadang itu ini. Mana-mana rancangan terdekat sudah perlu digerakkan ‘kerja’nya atau nanti terbengkalai. ~ nasib baik sekarang ini masih dalam cuti sebelum buka semester baru.


Lewat petang ini, ada sesuatu yang dibicarakan dengan seorang sahabat yang saya kagumi; ilmunya, semangatnya, pekertinya.

Sahabat: karya macam mana…ok?
Saya: alhamdulillah, skrg turut menulis utk dua buah mjlh di mesir juga
Sahabat: kira nak jadi sasterawan ye
Saya: tak mahu juga. ‘ter’jadi. Mana2 la slagi ada ruang utk berdakwah… x sikit pun, banyak…
Sahabat: jgn tenggelam dalam dunia tu cukupla… kita hidup dalam dunia realiti
Saya: insyaAllah
Sahabat: “tenggelam di lautan bahasa sehingga terlupa lautan dunia”
Saya: na3uzubillah… moga Allah ingatkan

Saya setuju sahaja dengan pandangan sahabat. Ya, malanglah jika tenggelam atau ditenggelamkan. Tapi kalau sambil menyelam minum air itu bonus. (namun, kalau tak kena gayanya boleh karam juga bila kembung berair). Saya melihat peluang untuk menulis ini sebagai salah satu medan kita berdakwah. Ulama-ulama dahulu juga menulis. Setakat mana yang mampu, jika berkemampuan untuk menulis genre ilmiah; tulislah. Namun, saya kira tidak salah juga jika kita olah bahan ilmiah itu untuk dikongsi dengan cara sastera. Ini dari satu sudut sahaja. Saya pun tidak menulis karya sastera semata-mata. Terdapat banyak lagi sudut dan cara lain untuk berdakwah. Jadi, tidak salahkan jika terjun ke medan ini?

Di akhir bicara kami, saya masih ingin mempertahankan rancangan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana. Terasa rugi pula jika tidak sambung master setelah berpeluang habisi ijazah pada usia 21 tahun (insya Allah). Namun, sedikit sebanyak kata-kata akhir beliau membuatkan saya sedikit terkesima…

Sahabat: bagusla tapi harus diingat tiada tempat yang lebih mulia bagi seorang wanita melainkan dirumahnya, itu wawasan utama yang lain sampingan je
Saya: (terkena kat batang hidung; terima kasih atas peringatan)

~layan Opick yang menginsafkan dengan ‘astaghfirullah’nya…


Tindakan

Informasi

3 responses

25 01 2008
alqasam

Salam ukht

Laman yang bermanfaat. Teruskan. Izinkan ana link blog ni ya

min ukhtik fil islam

25 01 2008
Hani

Salam.
Alhamdulillah, punya niat yg baik – berdakwah melalui penulisan. Teruskan. Bakat yang ada, manfaatkan sebaiknya.
Dan saya setuju juga dengan kata2 teman sdri, tiada tempat yang lebih mulia bagi seorang wanita melainkan dirumahnya 🙂

25 01 2008
ainaamardhiah

Salam.
Masih pucuk, belum matang lagi usahanya. Tunjuk ajar dipersila.

(eheh) ‘pingin juga jadi suri rumah sepenuh masa’ ~ bekerja di rumah. (ini wawasan atau angan-angan atau apa tu…) 😀 Iya la, bagi seorang isteri ; apa lagi mahu di cari jika bukan redha suami (ini ayat pedoman untuk masa depan nanti la. Sekarang belum lagi) 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: