“Sama-sama sirih”

16 01 2008

PREJUDISKAH? Kenapa entah, naik muak untuk bicara lagi. Bukan halnya prejudis atau apa, cuma bangkit rasa “tidak-berguna-berunding-lagi” (hal rundingan di sini tiada kena mengena dengan isu rundingan pada entri sebelum, cuma mungkin masih berbaur isu “diskriminasi jantinakah?”).Kalau benar-benar mahu, langkaui sejuta dayanya. Kenyataannya di sini; memang tidak mahu; itulah bangkit jutaan dalihnya. Runding baik-baik pun tidak guna kalau telinga tuli, ada lidah bisu.

Kita ini manusia yang punya akal fikiran. Kita bukan robot yang mesti bertindak mengikut buku manual buatan manusia. Apalah bagusnya mengikut telunjuk seperti ‘bertuhankan’ hukum dan peraturan manusia? (birokrasi pun berpada-padalah). Apakah undang-undang dan hukum Tuhan itu lebih lekeh? Atau sesuatu itu hukumnya; boleh-je-kalau-memang-dah-tak-ada-cara-lain-lagi. Terima sajalah.

~ bukan halnya tiada cara lain lagi; tapi malas atau memang langsung tidak mahu ‘menyerabutkan’ diri dalam usaha menjaga hak Tuhan. Siapa sebenarnya yang liberal? Mahu jadi bagaimana sebenarnya? Mahu kebebasan yang bagaimana sebenarnya? Islam ini jumud sangatkah? Cuba untuk mencari alternatif melepasi ‘tohmah’ dan memurnikan kaum itu jumudkah? Taksubkah? Mahu Islam yang bebas ya? Bukan Islam liberalkah?

“Kalau meringan-ringankan sedikit satu dua hal dalam muamalat ni (rukhsah la… darurat la…), okey saja. Bukan hal akidah pun. Tidak kafirlah. Buat apa susah-susah mahu merumitkan keadaan. Islam itu syumul, Islam itu mudah.” ~ ya, mudah sangatlah kalau macam tu. Buatlah agama sendiri! ~ susah-susah saja hidup di dunia yang bermasalah itu; kenapa tidak pilih untuk hidup di dunia yang tiada masalah? Masuk tanah sahaja.

Kalau bunga sendiri tidak mahu dipakaikan duri padanya, mujur sahajalah pagar mahu menyelamatkannya daripada dikumbangi.

Kamu mahu apa sebenarnya? Kamu mahu bagaimana sebenarnya? Mari kita berunding.

~ ingatkan sawi rupa-rupanya sama-sama sirih.kenapalah tidak mahu sirih kembali ke gagang.


Tindakan

Informasi

2 responses

18 02 2008
asyrafahmad

salam…yaaaa..inilah artikal yg ada tenaga dan tempelaknya ramai kepada yang berada di malaysia, shah alam, kl, hehe…
saya sokong kepada yg betul, kepada yang salah, tersinggunglah dan perbaikilah,
pelik plak kenape tak de komen kat sini?
coz objektif makalah ini tiada. Tujuannya tiada. Kepada siapa? tiada.
amboiiii…memang inilah dugaan dalam menulis, terutamanya di malaysia, negara ‘malaysianic demokrasi’, demokrasi acaun sendiri. Perlu saluran yang betul…

18 02 2008
ainaamardhiah

Salam,

(tulisan umum untuk perkara yang khusus; yang apabila dikhususkan kepada siapa; melibatkan ‘sesiapa’ itu akan mencetuskan perang dunia ketiga) 😀

– Ada maslahah yang lebih besar perlu dijaga.

p/s; ( lama tak dengar Asyraf ‘bersuara’ ) ; rasa-rasanya, enta kena keluarkan buku la… berdakwah dengan pena!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: