Lelaki memang tidak boleh dirunding?

16 01 2008
“LELAKI memang tidak boleh dirunding!” ; maksud saya; ego. (perempuan tidak egokah?) Sengaja saya ketengahkan pernyataan yang dihamburkan oleh suatu suara yang sedang ‘panas’. Dalam hening suhu 8 darjah selsius malam ini, (tanpa disedari) saya dikesit bahangnya juga. Panas juga.

Benarkah lelaki tidak boleh dirunding?

Saya membaca perkara ini adalah suatu fenomena yang berlaku melibatkan persekitaran dalam diri (emosi, perasaan) dan persekitaran luar (masyarakat, rakan setempat, cuaca, iklim). ‘Kehangatannya’ berlegar antara dua pihak yang berlainan jenis, sama ada secara berkumpulan ataupun individu.

Seorang lelaki diajak berunding (atau dikemukakan cadangan kepadanya) dengan keadaan dia sedang terdesak, sibuk (atau buat-buat sibuk), sedang bersedih, kebosanan atau tidak mahu diganggu, dan beberapa keadaan lain yang seerti dengannya ; boleh jadi dia akan dibaca sebagai ‘ego’ oleh si pengajak runding. – bila tindak balas yang ‘kurang’ memuaskan dibalas oleh lelaki itu.

Contoh; Ahmad sedang ‘sibuk’ dengan peperiksaan. Dalam masa yang sama dia juga ‘disibukkan’ dengan beberapa masalah yang ‘menyerabutkan jiwanya’. Pada suatu hari, Siti menghubunginya untuk berunding sesuatu (untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan mereka dan kemaslahatan orang sekeliling juga.) – Siti pun sibuk juga, ada masalah juga…

Siti berkata; Maaf kiranya mengganggumu.
Ahmad: Tiada apa. Ok saja.
Siti: Maaflah saya bertanya, cuma inginkan kepastian; kenapa paku di dinding surau itu masih belum dicabut lagi? Bukan apa, risau kalau-kalau terkena jemaah kita yang bersandar di dinding. (dalam hal ini, Ahmad memang seorang pencabut paku di dinding surau; maksud saya; itu memang kerja dia la)
Ahmad: Ada pakukah? Tak perasan pun. Paku itu dah dibengkokkan kot. (mungkin memang dia tidak perasan kerana urusannya banyak; sibuk)
Siti: Emm, atau mahu saya tolong cabutkan sahaja (tapi si Siti itu tidak pandai cabut paku itu. Lagipun, tidak cukup kelengkapan). Atau mahu saya carikan sesuatu untuk menutupnya, atau bagaimana? Kasihan juga kalau ada warga tua lenguh dan mahu bersandar sementara menunggu di surau. (saya tak tahu nak buat contoh macam mana)
Ahmad: Suruhlah mereka bersandar.
Siti: …
Ahmad ‘hilang’ entah mana. Tiada respon. Sibuk atau buat-buat sibuk. (mungkin Ahmad ada urusan yang lebih penting untuk diutamakan daripada ‘berunding’ dengan Siti)
Siti: (setelah lama Ahmad tidak merespon apa-apa) Emm… tak mengapalah. Maaflah kiranya paku itu tidak patut dicabut (maknanya bukan bidang tugas Ahmad). Maaflah saya mengganggu waktumu. Mohon maaf, terima kasih.
Ahmad: sama-sama. (‘tiba-tiba’ sahaja {tidak lama kemudian} paku itu dicabutnya – hal di sini; Ahmad kan seorang tukang cabut paku di surau. Dia ada segala kelengkapan. Ketika siti ‘bertanya’ padanya itu, paku itu memang berada di depan Ahmad.)

(maaf, saya tidak menjumpai contoh lain yang lebih baik melainkan hanya dapat mendatangkan cerita seperti di atas)

Ahmad – kenapa tidak berterus terang sahaja kalau sedang sibuk (mungkin dia ingin menjaga hati Siti). Tapi dikira sebagai ‘menjaga hati‘kah bila dia menjawab soalan Siti dalam endah tidak endah sahaja.

Bila Siti rundingkan adakah dia perlu lakukan sesuatu, atau bagaimana, Ahmad memberi respon yang membuatkan Siti ‘terdiam’. Saya kira, tidak salah Siti kalau dia berkecil hati, berdiam sahaja atau mungkin dia jadi marah, dan kemudian marahnya membuak-buak (terpulanglah siapa watak Siti itu).

Saya juga melihat Ahmad semacam sedikit ‘ego’ apabila ‘seakan-akan’ kerjanya dipertikai (habis tu, kalau dia lalai, takkan orang nak ingatkan pun tidak boleh). Bila Siti tawarkan mahu membantu, dia membatu pula. Acuh tidak acuh sahaja. Sedangkan akhirnya dia lakukan juga apa yang diperkatakan oleh Siti itu. (mungkin Ahmad tiada ‘mood’ waktu itu. Jadi dia bersikap seperti watak di atas).

Siti pun, tidak wajar juga kalau hendak beriktikad bahawa “lelaki memang tidak boleh dirunding” sebab tidak semua lelaki begitu. Namun, saya mengira; Siti akan berpernyataan begitu dengan begitu keras hanya pada waktu itu sahaja. Kerana boleh jadi dia memang sangat terasa/tersinggung berbaur perasaan marah. Walau bagaimanapun, saya pasti di belakang waktu dia akan ‘melembutkan’ sedikit pernyataannya itu; sebagai contoh; “sebilangan lelaki memang tidak boleh dirunding apabila dalam keadaan tertentu”

Ini hanyalah suatu pandangan peribadi. Tiada kena mengena di antara yang hidup dan yang telah kembali ke rahmatullah. Perbincangan dipersila.

Cukuplah dahulu. Saya pun mahu berunding dengan mata saya ini; mahukah dikatup dan tidur atau…

p/s; (ada diskriminasi jantinakah?)


Tindakan

Information

9 responses

16 01 2008
ainaamardhiah

Orang berbudi, kita pun belajarlah untuk berbahasa.

16 01 2008
Khadijah Khalilah

Betul tu,setuju sangat.Bukan susah pun untuk berbudi dan berbahasa.Belajar bahasa saja susah. =D

16 01 2008
ainaamardhiah

Itu dia… apabila ‘orang bahasa’ mula berbahasa…😀

18 01 2008
senyum

konfiuss melanda pada lelaki.. thanks for your wish

28 01 2008
pejuang

salam, ini nak tanya …;;apa sal tulis tajuk Lelaki memang tidak boleh dirunding, sya cadangankan tulis perkataan sbahagian lelaki bukan smua;;;;;jgn pandang pada luaran jer;;;;;nilai diri kita dlu macam mana? baru boleh ckp…….ok jumpa

28 01 2008
ainaamardhiah

Salam

Kepada saudara/saudari ‘pejuang’,

Berkenaan tajuk itu, saya tuliskan dalam bentuk soalan; bermakna jawapannya bolehjadi setuju atau tidak, boleh jadi positif, boleh jadi negetif dan sebagainya. Saya fikir, pernyataan/tajuk berbentuk soalan (dengan simbol tanda soal) tidak semestinya berbaur prejudis; malah membuka ruang perbincangan.

Tambahan lagi, memangpun di akhir tulisan ini saya memberikan pandangan bahawa pernyataan itu lebih perlu dilembutkan;

…”Walau bagaimanapun, saya pasti di belakang waktu dia akan ‘melembutkan’ sedikit pernyataannya itu; sebagai contoh; “sebilangan lelaki memang tidak boleh dirunding apabila dalam keadaan tertentu”…

Terima kasih atas komentar.
Sama-sama kita membaiki diri.😉

18 02 2008
asyrafahmad

salam, sy nak komen pun rasanye tak berapa layak dengan anti. Sudah lame sy berada dalam dunia sains, dah lama meninggalkan dunia berkarya, sy aktif dgn debat, tapi tak berniat nak berdebat, cuma kalau boleh berkongsi pandangan. bagi saya anti tak perlu mengelak diri atau buat statement “Safety State”. Mungkin anti tak mau menimbulkan sebarang konflik namun… enthusiams anti adalah perlu dalam penulisan dan menyampaikan sebarang idea atau peringatan. Bunyinya tidak seimbang, berat sebelah dan tak adil. Betul itu, tetapi anti, sebagai seorang yang bagus dalam berbahasa(sy amat kagum dgn profile anti) semangat kritikan, tak puas hati dan prejidis, perlu ditunjukkan( bg sy lah). Sebarang komen yg dikatakan menegur/tak puas hati adalah pembakar semanagt. Satu lagi, bukan bermakna disini anti perlulah menjadi kejam dan tidak bertoleransi, apa yang perlu adalah mencari bukti ynag kukuh dan imparikal dan sukar untuk dilawan kembali. Statement kalau boleh tidak perlu ada tanda tanya. Simply say ‘kebanyakkan lelaki tidak boleh dirunding’ stop. Ayat yang tegas tetapi masih dalam ‘safety phrase’. Kalau nak lebih enthusiamsnya, nyatakan pengalaman, berita, atau bahasa mudahnya ‘fakta kes’ yang releven. berkenaan dengan isi/badan pula, saya dapati contoh yg diberi digelar ‘tak dekat di hati’. Disini Bukan bermaksud contah watak, nama atau latarnya, tetapi situasinya dan konfliknya. Mungkin ianya daripada pengalaman anti, tetapi pertimbangkanlah para pembaca.(jika nak blog ramai tengok, contoh/analogi/perbandingan biarlah dekat dihati pembaca). Bukan sahaja membawa pemahaman yg baik tetapi mengukuhkan lagi retorik anti. Kalau boleh seperti yg sy ckp td, berilah fakta kes, bukan contoh perbualan macam itu(sory hehehe). Anti mahukan perbincangan…jika saya berbincang topk ini, saya menolak 97%, contoh yang diberi kerana tidak menggambarkan sikap lelaki kerana…stop, sy tidak mahu berdebat disini. Pertimbangan saya, mungkin tak ramai tgk blok ni lg, mungkin, atau anti agak segan menimbulkan havoc untuk mengekalkan status ‘muslimah sejati'(ye ke ni) dan sebagainya…atau kita mempunyai perspektif yg berlainan dalam penulisan…okeylah saya nak belajar guna wordpress ni…salam alaiki

18 02 2008
ainaamardhiah

Salam.🙂 Asyraf,
(memang layaknya anugerahi pendebat terbaik – sejak dulu lagi)
Terima kasih atas perbincangan.

Menulis. Penulis. Penulisan.
Apabila mandat menulis itu adalah kebebasan; pokok pangkalnya tetap tidak patut melangkaui manual syariat Islam (kecuali bukan penulis muslim). Jika mahu dihambur segala kritikan dan rasa tidak puas hati, tentu sahaja penulisan itu menjadi kotor, sangat keras dengan emosi dan semakin kurang rasionalnya. (gunakan teori YES untuk menulis – Yang Elok-elok Sahaja).

Fakta; ya, memang saya menyokong pandangan saudara Asyraf.
Berbalik kepada artikel pada entri ini; sebetulnya saya tidak menjumpai fakta yang sesuai melainkan contoh (yang direka) untuk ‘melembutkan’ keadaan. Jika saya menulis ‘penceritaan semula’ apa yang berlaku; pasti sahaja sasarannya kepada pihak yang sebenarnya terlibat sahaja; kerana ruang lingkup pencetusan masalah terlalu kecil (untuk kes ini)-jadi, yang makan cili terus sahaja ‘ter’pedas. Namun, menjaga kemaslahatan individu terbabit juga penting. Saya agak kurang bersetuju dengan tulisan berkritikan keras untuk memfokuskan individu yang tepat (sbg fakta); yang menjatuhkan pandangan umum kepadanya. Melainkan perkara ini disatirakan atau dialihcerita kepada ‘contoh’ yang lebih murni; tanpa perlu maki hamun atau mencela peribadi seseorang. Kita bukan malaikat.

eheh… sebab saya tak jumpa ‘fakta’ lah saya terjemahkannya dalam ‘perbualan’.

satu lagi;
saya rasa; bagi orang yang ‘berfikir’, membaca contoh yang sangat ‘biasa’ boleh ditelah sebagai luar biasa.

…dan saya tidak memandang rendah sidang pembaca saya. Saya kira mereka tidak membaca ‘selapis’. Jadi saya dengan ‘suka-hati’ memanipulasi perkakasan alam yang dilihat sebagai ‘biasa-biasa’ untuk mengangkat isu yang ‘luar-biasa’. (eheh…ataupun saya ‘syok’ sendiri sahaja😀 ) ~kata seorang sahabat; tidak rugi kita berwawasan. Jadi saya tidak malu dengan wawasan saya.

Walau bagaimanapun, tetap saya akui; ada masa kita perlu guna keris untuk menikam musuh; namun ada masa kita tidak perlu ‘membunuhnya’, tetapi cukup dengan ‘memerangi mindanya’.

Ada masa kita ‘jerkah’ ada masa kita ‘bisik’.
😉

22 04 2008
zamry

salam… Pada saya baik lelaki baik perempuan lebih kurang sama je… Ada yang ego, baran dan sebagainya bergantung kepada cara dia mengawalnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: