Lembah dan Gunung

7 01 2008

 

 

Kau siramkan wangian mawar putih

Kepada sebuah kenangan yang layu

Bisakah merubah detik-detik yang berlalu

Dari sekadar impian yang kaku

CUBA-cuba juga untuk menyempat berbicara di sini. Akhir-akhir ini banyak benar urusan, banyak juga suka duka bertandang. Nikmat dan ujian Allah itu datang dan pergi, tinggalnya kita sahaja adakah teguh, adakah goyah. Moga Allah titipkan kesabaran, moga kita kuat. ~haru~

6 Januari 2008, saya mula ‘bertugas’ di Darul Quran al-Haj Basheer; pening dengan 1001 kerenah anak-anak yang sangat menuntut kesabaran. Sedang pengajaran di depan, yang di belakang duduk bawah meja, ada yang duduk melukis, mengasah pensil, ada yang mengadu seribu macam hal, mahu minum air, ke tandas dll. Aduhai anak-anak… tulus benar. ~Saya melihat lembah kasih sayang dan gunung kesabaran.~

Hari ini (7 Jan) usai proses mendaftar di Centre de Langues et de Communication Globale (CLCG), Hassan, Rabat. Kelas Perancis akan bermula 14 Januari. (tentu pening penyelenggara di situ memarkahi kertas ujian pengetahuan bahasa Perancis kami) Nasib la…

Urusan pembaharuan kad pengenalan (tajdid bitoqoh wathoni) masih terbengkalai. Moga dapat diselesaikan segera. ESOK!

Nafas rasa tersekat; titipan doa buat orang jauh. Ukhti tidak begitu sihat, moga Allah sembuhkan, moga Allah bagi kekuatan. Kekadang, bila diminta berbicara, memang saya mati kata. Selalu sangat begitu. Ada masanya bila keadaan sangat tegang, dan perasaan amat padat di dada; tiada kata. Cukuplah andai dapat kita bertemu, pasti Ukhti akan saya dakap, dan naluri kita berbicara, biarpun tanpa suara. Dari sini, saya tenung sahaja ‘mata’nya di alam yang lain. Sabarlah sayang. Teguhkan keyakinan pada Allah. Didoai selalu. (ya Allah…)

Kepada para pengunjung blog ini, moga dapat kita berkongsi manfaat di Balai Baca; saya titipkan 4 fail baru, selamat membaca.
1) kitab Tafsir Jalallain
2) kitab al-Milal wa an-Nihal
3) kitab Feqh al-Waqi’
4) program aplikasi Syarah Arbain Nawawi (oleh Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimen) -kepada anak-anak usrah, moga program ini dapat membantu.

Adakalanya, terasa sangat panjang usia meniti hari dengan sulaman benang dan jarum…
… tidak tahu sampai bila ~sabar, na~

~Tuhan Kau Tahu…~ 

 


Tindakan

Information

3 responses

7 01 2008
aNaK sOlEhAh

akak skang mengajar kanak2 ke?tadika?

7 01 2008
ainaamardhiah

Salam.

di Darul Quran, ada tiga peringkat umur; umur kanak-kanak, budak sekolah rendah, budak sekolah menengah. Tapi takat minggu ni, akak di ‘qism’ kanak-kanak yang comel-comel itu. Tapi kalau akak tak daya sangat dengan ‘kecomelan’nya itu, akak akan berhijrah ke peringkat usia yang lebih besar sikit lepas ni. MOga baik2 saja.

9 01 2008
aNaK sOlEhAh

huhu..mizyan2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: