Isu Hangat di Zon Peperiksaan, Rabat S5, EI

14 12 2007

nafas-ilmu.jpg

Usai minum susu dua gelas dan disuapi nasi goreng (terima kasih tukang suap :p ), terasa ingin menconteng sesuatu sahaja di sini. Lama sudah tidak berziarah, gara-gara kesibukan teramat di wilayah ini. Sambil makan biskut kelapa, Dodo yang separa lemau itu, saya ‘attach’kan taipan saya kelmarin;

Menitip detik-detik teleku di surau fakulti yang sejuk ini, terpanggil pula untuk mengukir sesuatu di lembar Pesona Peribadi ini.

Terlalu lama pula rasanya saya tidak meluangkan masa berceritera dengannya. Ya, masa jadi suntuk bila urusan jadi banyak. Bila duduk seorang-seorang begini, terasa banyak pula ingin diluah sementara menunggu waktu zohor, lewat usai dhuha di hujungan. Saya masih di lelaman universiti merempat sementara menunggu kelas IT jam 1 nanti. Entah serabut apa hingga tidak menyempat mengikuti kelas semalam.

Semalam; seribu satu kejadian berlaku. Bertitik tolak dengan peristiwa semalam, kuliah jadi kecoh hari ini.

Isu hangat pelajar semester 5, fakulti Pengajian Islam semalam menjadi oceh tergempar di kalangan kami hari ini. Berlanjutan hingga peperiksaan terpaksa ditunda, rentetan desakan sebahagian pelajar yang benar-benar ‘kekosongan otak’ untuk menghadapi peperiksaan, terutama yang terlibat dengan kes semalam. (saya kira, perihal tidak-sempat-studi itu masalah bersama yang berkait dengan kelewatan para pensyarah menghabisi silibus, ditambah lagi penukaran taqwim fakulti di saat-saat akhir; membuatkan serba serbi jadi gopoh)

Menjelang hari ini, makin ramai kawan-kawan sekuliah yang sakit-sakit berikutan menghadapi hari ‘jin’ semalam yang begitu dahsyat merasuk saraf mereka. Langsung semacam ada yang lumpuh separuh badan, histeria, berjeritan sana sini semacam gila, hilang waras.

Saya berhenti dahulu untuk solat. Anggarnya udah masuk waktunya tapi masih belum azan. Oh, azan pun.
12.12.07 – 1225pm


Apa yang berlaku pada 11.12.2007;

– Kami ada peperiksaan lisan subjek terjemahan bahasa asing (perancis).
– ‘Ustazah’ datang lambat. – tengahari
– Kami (pelajar melayu dan arab) studi berkumpulan di dalam dewan yang bising itu.
– Saya keluar untuk bertemu Ustaz ‘Awwam, urusi satu dua urusan berkenaan tesis.
– Ketika ‘ustazah’ masuk ke bilik kuliah, saya masih di luar.
– Selesai bicara dengan Ustaz ‘Awwam, saya dapati rakan-rakan semelayu semuanya tiada. Tanya-tanya budak arab, mereka mungkin sedang menduduki peperiksaan, bersama kawan-kawan yang kami studi bersama-sama tadi.
– Saya pun bagi nama pada ‘budak politik’ yang jaga pintu. Maknanya, saya akan masuk bertujuh selepas itu.
– Bila kumpulan pertama selesai, mereka menyerbu keluar, dan kami menyerbu masuk. Tapi… saya tidak nampak walau seorang pun muka melayu yang keluar. Rupa-rupanya mereka semuanya tidak masuk peperiksaan lagi. Saya seorang sahaja melayu yang masuk dengan 5 orang Marghribi, dan seorang Palestini. Jadi berdebar sangat, rahang jadi getar.
– Budak-budak arab yang disoal sebelum saya semuanya lancar-lancar. Fasih bahasa perancisnya (tetapi tidak yang selepas saya)
– Saya disuruh baca teks perancis. (baca sajalah dengan ‘suka hati’). Baharu baca sedikit, dia suruh berhenti. Katanya, kamu tak perlu bacalah. Kamu bukan pandai bahasa Perancis pun. Kata saya, kami pelajar ajnabi ikuti kelas asas bahasa Perancis (termasuklah pelajar Palestini itu). Kata ‘ustazah’ itu, kamu terjemahkan sahaja ke bahasa arab, tanpa baca. Saya sedikit terkedu. (udahlah tengah-tengah teks). Mati kata. Kata saya, saya boleh terjemah secara keseluruhan. Madam jadi marah. Dia mula ungkit seribu satu hal. Saya tengok sahaja dia, sambil bela diri sikit-sikit. Sejuk tangan.
– Dia marah saya tak hafal teks silibus dia (yang banyak itu). Kata saya, jika dia mahu dengari, saya akan huraikan apa yang saya faham dalam pengajarannya. Saya cuma hafal isi-isi pentingnya. Dia jadi marah lagi. Dia suruh juga saya sebut ‘harfu bi harfin’. Sebut satu-satu dengan sempurna. “Apakah di negara kamu, tidak boleh menghafal?” – telinga jadi panas. (takde kerja nak hafal buku teks!)
– Sedar atau tidak (walaupun saya masih duduk juga), saya ‘ter’halau keluar. Aduh. Katanya dia akan bagi saya 0 (sifar), kerana saya tidak menjawab soalannya. Saya disuruh keluar dan menghafal silibusnya sebiji-sebiji.
– Terkesima.
– Bila keluar, saya tak tahu hendak tuju ke mana. Budak-budak arab serbu tanya-tanya. Saya bebaskan diri. Saya nampak Raja’ sedang menelaah. Saya dapatkan dia. Kata saya, “Raja’… saya rasa nak nangis.” saya tekup muka, dan hujan jadi lebat.
– Saya diserbu sekali lagi. Fatima mula memeluk saya. Saya cerita pada mereka dalam sekat-sekat.
– Airmata tak mahu berhenti. (saya tak suruh mereka menyumpah seranah ‘ustazah’ tu.) Kata Raja’ kamu doalah “hasbiyallahhu wa ni’mal wakil” sebab katanya saya dizalimi. Orang arab pun berat untuk hafal muqoror sebiji-sebiji. Saya dengar ada suara yang cakap “jin apakah yang merasuk ‘ustazah’ itu sampai dia tidak bertolak ansur dengan orang yang lemah”. Saya minta diri, ke surau. Saya sudah cuba untuk berhenti menangis. Pedulikan apa mereka nak kata, nak pandang. Di surau saya dikerumun lagi.
– Cuba jadi tenang. Saya cuba hafal. Terima kasih kepada yang mendoakan.
– Sekitar jam dua, teman-teman semelayu masuk menyusuli selepas kak iman menemani saya dengan biskut dan minuman yogurt. Baharu perasan, Anis utusi sms bahawa mereka memasuki kelas komputer.
– Sekitar jam tiga, saya masih gagal menghafal walaupun satu perenggan. Tekanan jadi bertambah.
– Saya jangka, syafawi akan berlanjutan ke hari lain – ramai yang masih belum mendudukinya. Tidak mungkin sempat dihabisi hari ini. Saya berkeputusan untuk pulang. Berhenti menghafal. Mahu ke pasar beli barang untuk makan malam. Mahu studi untuk peperiksaan esoknya – falsafah Ibn Tufail.
– Saya berjalan seorang. Mata masih basah. Di simpangan, Fatima mendapatkan saya. Cuba menenangkan. Katanya Muna (pelajar Palestin) itu juga disuruh keluar kerana tidak hafal ‘muqoror’. Malah, seorang lelaki dewasa yang (saya kira dia sudah bekerja, tetapi menyambung semester ini) juga menerima nasib yang sama. (takde kerja dia nak hafal sebiji-sebiji kata-kata ‘ustazah’)
– Usai solat asar, saya berniat untuk mula ke dapur. Masak awal supaya dapat makan awal, dan tumpu studi subjek esoknya (yang agak berat itu)
– Kak Su utusi sms. Katanya, semua pelajar yang gagal peperiksaan pertama, dikehendaki mengulang pada petang itu juga (dauroh istidrak).
– Berdebar.
– Kalau kena periksa semula pun, saya masih tidak menghafalnya. Katanya Madam mahu habisi semua peperiksaan hari itu juga kerana dia mahu bermusafir, tidak mahu adakan peperiksaan pada hari lain. (itu hal dialah…)
– Saya bersiap, berjalan mahu menunggu teksi. Petang makin sejuk. Cuba hafal lagi.
– Sebelum sempat ambil teksi, Kak Su utusi mesej lagi; terbaru, tidak perlu ke kuliah. Istidrok tunda minggu depan. ~ Alhamdulillah.
– Jika tidak kerana berlaku histeria, dan Maryem yang terkulai, longlai kakinya tidak mampu berdiri lagi, tentu lanjut peperiksaan hingga malam.
– Kuliah jadi banjir air mata. Tekanan bertambah. Budak-budak jadi baran. Mereka mula menentang Madam. Ayah Maryem juga datang ke kuliah, marah-marah Madam. Maryem diusung keluar. Kakinya jadi lumpuh. Tekanan padanya terlalu kuat. Udahlah pagi itu dia punya masalah dengan kertas peperiksaannya, ketika ujian lisan dengan Madam, dia dituduh membawa nota (wallahhu a’lam. Tapi sepanjang perkenalan saya, Maryem memang seorang yang sangat lemah lembut, dan sangat baik). Madam ‘memaki’ dia di depan kami. Saya turut terkesan dengan suaranya yang tinggi itu juga. Maryem sudah kembali ke rumah, tetapi bila Madam umumkan peperiksaan istidrok harus dilangsaikan petang itu juga, dia dihantar oleh ayahnya ke kuliah semula. Semua jadi tertekan. Langsung histeria.
– Keesokannya, tidak ramai yang ke kuliah pada pagi itu. Saya asyik disapa dan ditanyakan khabar – ya, cerita semalam sudah meluas. Saya kata baik-baik saja. Ketika kami sedang belajar, ustaz bertanya perihal ‘assignment’, Najwa (rakan rapat Maryem) tiba-tiba menangis. Kami buat ‘assignment’ itu bersama-sama. Maryem juga. Aboul Haya’ cuba jadi juru cakap Najwa, terangkan pada ustaz. Tapi bila sebut nama Maryem, dia jadi sebak. Dia menangis. Makin kuat, dan kuat. Saya usap-usap lengannya. Dia menangis lagi. Muna cuba tenangkan dia pula. Tiba-tiba dia menjerit. Histeria. Sangat gerun dengan jeritan yang kuat itu.
– Saya jadi trauma. Fobia.
– Kuliah jadi macam huru hara. Peperiksaan kami ditunda. (sebab pelajar ramai-ramai minta tunda)
Sehingga semalam, pagi-pagi lagi sudah berlaku histeria ketika kelas baharu hendak dimulakan; ketika bacaan al-Quran. Akhirnya, bila pengsan dan dipapah dengan dua orang pelajar lelaki ke kereta, pelajar lain pula yang hampir histeria – Melika. Mata-mata berair. Saya nampak Hayat menangis salam mimik muka yang sangat tragis. Entah macam mana, seorang lagi histeria – Najla’. Berjerit-jeritan pula di luar sana. Suasana dewan kuliah jadi tegang.
– Petang semalam kami langsai peperiksaan bertulis yang ‘melampau’ dengan soalan yang berlambak dan masanya kurang 30 minit (siap ada soalan survey lagi tu…) Sebelum peperiksaan itu, seorang lagi pelajar yang ‘hampir pengsan’ – Saedia. Tekanan dan tangisan.
~Allah~
– Saya dengar-dengar, mereka akan buat idrab (demonstrasi) minggu depan. (Menentang Madam Daoudi?)
– Peperiksaan semester kali ini sangat teruk. … Dan kuliah jadi huru hara.

Moga Allah permudahkan. ~~~udahlah ini tahun akhir saya…
~ diantara isu hangat di Zon Peperiksaan, Muhammed V, Rabat, Semestre 5, Etudes Islamiques

(sambung menghafal ‘buku teks’)


Tindakan

Information

10 responses

16 12 2007
adaibrahim

ainaaaaaa….silap comment…huhuhu..gud luck exam k..ada balik 21 dis…nak kirim salam kat sape2???

17 12 2007
ainaa andalusy

Salam

Tak ngapa, faham dah. Apapun, syukran. Moga Allah permudahkan segala. Bittoufeq wannajah juga untuk Ada dan rakan-rakan. (alahai, ‘best’nya lah Malaysia-Indonesia itu berjiran. Boleh balik kapan-kapan saja, kan?

Ada kirim salam pada falimi dan warga TAHAP (jika turun ke sana)
(nak kirim salam pada ‘org isitmewa’ ngak ada di Malaysia nun…) huhu
~hingga bertatapan…

23 12 2007
wardah (wana)

salam….kak…wana ni…sungguh saya terkejut ketika membaca kisah akak ni….
tabah lah menghadapinya…mungkin akak akn dapat yang lebih baik utk masa yang akan datang… InsyaAllah kejayaan pasti bersama….. jika free( bila akak habis exam..sudi2lah ke blog saya http://www.wardahsafwah.blogspot.com/)..
akhir kalam…maat taufiq wan najah……. buat yg terbaik……wassalam…

28 12 2007
ainaamardhiah

Salam. Wana, merhaba… merhaba…
Lama sudah kita tak bersua. Adik akak seorang ni bagaimana sekarang?
Apa perkembangan sejak meninggalkan TAHAP?
Bagus juga blog Wana. Kerap juga akak menjenguknya, meskipun tak tinggalkan jejak.
Apa pun, moga sukses selalu, dunia akhirat.
p/s; sampaikan salam pada famili, kepada ayahandamu; kita ada projek tak siap la… (projek susun salasilah keluarga tu)~~~

14 04 2008
almiski

slm akak,afwan coz ana x th cmner dpt masuk laman web aka.hrp akak xmrh.crita akak mmg mghrukn ana, x sgka kesukaran hdp akak sgt tinggi.hrp akak dapat bersabar. good luck.

14 04 2008
ainaamardhiah

Salam.

Merhaba almiski ke Melati Jiwa.

Di mana-mana sahaja, pasti ada cabaran dan kesukarannya.
Dunia itu negara ujian dan bala.
Namun, tidak dilupa: dunia itu juga negara aman dan sentosa.

Allah Maha Adil.

Terima kasih atas doa. Moga Allah berkati kita semua, permudahkan urusan segala. Hanya kerana-Nya.

p/s: (siapakah gerangan almiski ini ya? Maaflah, akak tak cam kamu)

14 04 2008
wardah

salam…kak..almiski tu sahabat sy di matrik ni..skrg kami tgh exam..kak doakan ea… bagi la tips skali..hehe..habis matrik ni i/Allah saya turun Tahap..bersua ngn cikgu2 yang byk berjasa… akak ade pesanan utk warga Tahap??

14 04 2008
ainaamardhiah

Salam.

Dik Wana,

Oh, macam tu. Bittoufeq wannajah. Moga sukses selalu, cemerlang dunia akhirat.

Betuli niat. Ilmu bukan untuk peperiksaan, tapi ‘lillahi taala’. Jangan tertekan ‘beribadah’. Berpeperiksaanlah dalam keadaan yang tenang: niatkan kerana Allah. Periksa pun boleh jadi Ibadah. Lakukan yang terbaik.

Wah, cemburu betul dapat ke TAHAP. Sampaikan salam dari gerbang Andalusia ini kepada warga TAHAP yang dirindui. Insya Allah, tiada aral melintang, akak pun mahu jengah ke sana. (cuma pesannya buat waktu ini; peliharalah dan suburkanlah biah solehah di bumi TAHAP terus menerus!)

InsyaAllah, akak akan tiba di KLIA 3 Ogos nanti (dah beli tiket awal, takut harga tinggi beli minit akhir)…

Moga bertatapan. Ada jodoh, kita kan bersua juga… tidak di sini, di ‘sana’… Allah yang tentukan.
😉

14 04 2008
almiski

Salam akak, kl akak x kbratan,ana nk tny ckt, blh akak crita lbh langjut tntg TAHAP? hrp akak sedia mmbntu

14 04 2008
ainaamardhiah

Salam.

TAHAP. Apa yang kamu nak tahu tentang TAHAP? Subjektif sangat soalan kamu tu😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: