“Mahu tunggu gula-gula…”

27 11 2007

1419222458_af3f6321f3.jpg

ENTAH bagaimana, badai dan pelangi itu datang sederap. Terasa cukup menjadikan mata terpaku sedang jantung berdegup kencang. Ada genang yang mahu gugur bersama segunung rasa.

Terlalu banyak perkara berlaku sejak akhir-akhir ini. Ada yang sangat manis, ada yang sangat pahit. Tuhan Maha Adil. (pening pula rasanya)

Kekadang, apabila terlalu banyak perkara yang datang, sebilangan perkara boleh ‘ter’pergi. Terlalu banyak masalah datang, rasa sabar bolehjadi ‘ter’pergi (nauzubillah). Bolehjadi juga, sabar semakin kuat mendakap jiwa, dan lahir pula ‘redha’ meresap damai di hati. Bolehjadi juga, seorang yang lemah lembut, bila ditimpa ‘badai’ tiba-tiba sahaja dia jadi kasar dan agresif. Ada juga yang ‘banyak cakap’ tiba-tiba jadi semacam bisu. Tidak kiralah bagaimanapun ujian itu datang, yang pasti kita kembalikan pada Tuhan. Segalanya kurnia, dan dugaan. Segalanya ada bayaran.

Memaku diri di dewan kuliah lewat pagi tadi, kelihatan para pelajar mula studi berkumpulan. Masing-masing bagai cacing kepanasan (bukan sehelai cacing kekeringan) menerpa ke sana sini menjelang imtihan nihaie yang semakin hampir. Terkejut pun ada juga. Udahlah assingment masih terbeban, perihal tesis ijazah lagi, entah bagaimana peperiksaan akhir semester diawalkan pula. Universiti Muhammad V ini sudah mula menghambat warganya supaya melangsaikan urusan peperiksaan sebelum Eid Adha ini! Aduhai, bukan pelajar sahaja yang lunyai, para pensyarah juga tempias. Рdemam studi untuk ahli Rabat.

Atas beberapa urusan, saya berniat untuk berhenti seketika manulis di sini. Ada umur saya oceh lagi. (setiap hari saya akan menulis juga, cuma tidak semestinya akan dipos ke sini). Saya pun tidak tahu apa yang saya taip hari ini di sini. Cuma sekadar merepek sebelum tidur sahaja. Kepada dua pihak yang datang merisik ‘dengan tiba-tiba’ itu, insya Allah akan saya pertimbangkan. Kepada sidang buletin Iskandariah itu, maaf jika artikel saya kelewatan. Saya akan cuba hantar dalam waktu terdekat. Masih dalam proses mencanai.

Dalam mamai dan kantuk yang semakin kuat menerjah biji mata ini, saya masih ingin mengucapkan ‘bittoufeq wannajah’ kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan, di mana anda berada. Selamat studi dan lakukanlah yang terbaik. Moga Allah berkati usaha kalian. Minta maaf zahir batin. Doakan kejayaan bersama.

“mahu tunggu gula-gula…” (buat yang memahami… ~ukhti…)

21;12 (waktu untuk benar-benar tidur. Entah kenapa letih betul hari ini. -bukan sebab terpaksa berkejar-kejar ‘terjerumus’ ke pasar gelap petang tadi… huhu. Duit pun kena beli)


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: