Rojak Rasa

15 11 2007

idrab 151107

  “TAHNIAH, Nurul!” lewat panggilan hujung maghrib (waktu Malaysia) bersambutan. Kedengaran ceria-ceria sahaja suara adik bongsu saya itu. Lama sudah terasa tidak berbicara dengannya. Ketika saya sedang ‘khusyuk’ mengikuti kuliah ‘politik antarabangsa’ bersama Prof. Bousilham pagi tadi, tiba-tiba Pesona Peribadi saya bergetar. Ada mesej dari Ukhti. (selalu sahaja rasa berdebar bila terima mesej dari keluarga di Malaysia) Bismillah, mesej dibuka;

“Assalam, ukhti. Kef haluk? Ingin kukhabarkan busyra di kala ini. Alhamdulillah, ukhti soghir kita beroleh 5A dalam UPSR. Natijah keluar hari ni. Sembahkan sujud syukurmu.” 15/11/2007, 10:43am.my

 

Bangunan kuliah bagaikan bergegar hari ini dengan laungan, tepuk sorak mahasiswa yang berdemontrasi. Mereka berdemonstrasi untuk tiga empat perkara (atau lebih) dalam usaha mengetengahkan isu kebajikan mereka. Saya dengar-dengar juga; seputar hal minta dinaikkan minhah (biasiswa), berkenaan pelajar yang jauh, perihal kafe (boleh bayangkah bagaimana keadaan jamiah yang kuliahnya penuh dari pagi hingga petang/maghrib -tanpa henti- tetapi tiada kafeteria?. Benarlah minda disuap ilmu, tetapi perut pun perlu disuap juga). Mereka pingin membuat ‘idrob wathoni. Keluar dari dewan kuliah, ramai yang berkerumun berdemontrasi. Saya menjenguk juga beberapa detik (ambil gambar sikit). Teringat pula pesan ustaz-ustaz Yayasan Pahang; jangan terlibat dengan demontrasi.

Berkuliah hari ini disadur dengan seribu macam perasaan. Tenang, gembira, bersalah, sedih, senyum, ketawa dan air mata. (semacam rojak gitu.). Entahlah kenapa, cuma mungkin saya dapat rumuskan bahawa diri ini berada dalam lingkungan sedikit tertekan dengan dua tiga perkara. Saya fikir, bila seseorang cuba menyelindungi rasanya, dia akan tertekan. Mungkin dia dilihat gembira, senyum dan ketawa, banyak cakap atau banyak diam. Namun boleh jadi itu hanyalah usaha-usahanya untuk memujuk hatinya supaya ‘jadi seperti biasa’. Aduhai, susahnya menanggung semua ini. Tuhan, bantulah… berikan nyawa pada hati ini.

Berkali-kali saya cuba hubungi Ukhti, namun tiada jawapan. Boleh jadi saya merinduinya (rabitahnya terasa kuat). Mungkin saya tidak patut bercakap dengan abah sebentar tadi; kerana suaranya membuatkan saya rasa seperti ingin menangis. Langsung teringat Ukhti. Cepat-cepat saya dail nombornya. Ada air yang mahu tumpah di tubir mata. Seperti mahu diluahkan segalanya kepada dia yang memahami. (tentu sahaja mengadu pada yang Maha Mendengar itu yang lebih utama). Namun, antara saya dan Ukhti… semacam ada sesuatu perlu saya hamburkan, dan entah kenapa mesti padanya. Ada cerita antara saya dan Ukhti, membuatkan saya ingin berada bersamanya dan menangis dalam dakapannya. (dulu-dulu bila ada perkara yang menyedihkan, Ukhti akan biarkan sahaja laju berair mata. Saya peluk dia kuat-kuat, saya nangis puas-puas. Saya rasa lega.) emm… Ukhti… – Bahasa rindu yang ditangisi.

Emm..

(tidak sangka pula penghujung tulisan ini membuatkan saya masih di dalam kesedihan, sedangkan saya sudah cuba menitipkan kegembiraan pada permulaannya. Hmm… saya ingin berehat.)


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: