Pensel

11 11 2007

tarfatal ein

Usai bersubuh dan melunaskan ‘cinta’ dalam pagi yang sejuk menggigit tulang belulang, seperti biasa mathurat dicapai. Melewati doa di hujungnya, teringat pada tulisan dalam lembar Pesona Peribadi saya tika di dewan kuliah semalam.

Saya masih mencari-cari kalau-kalau berpeluang menjumpai pensel tekan yang saya tercicir di dewan el-Hebaby minggu lalu. Memang harganya hanya sekitar tiga empat ringgit Malaysia sahaja, tetapi memandangkan kita tidak berada di Malaysia, maka berganda-gandalah kemahalannya. Ya, suatu keperluan bagi saya. Mungkin tidak bagi orang lain, tapi bagi saya; ya.

Mungkin isunya hanyalah sebatang pensel tekan, namun saya kira rabitahnya kuat menarik fokus ketuhanan terhadap hakikat sebenar seorang hamba. Munajat.

Moga tidaklah hal ehwal dunia ini melekakan kita dari mengingat-Nya. Janganlah Tuhan biarkan kita bersandar pada makhluknya walaupun untuk sekelip mata. Tidak sanggup untuk diserahkan urusan kita kepada makhluk sedang al-Khalik hanya mendatangkan ujian, dan kita hanyut. Na’uzubillah. 1047, 101107

 

(Pagi ini bermula dengan nafas “tafsir Ibnu Kathir, surah al-Anfal”. Allahu yahdina…)


Tindakan

Information

2 responses

11 11 2007
FahdRazy

Salam ziarah. Moga terus gigih dalam penulisan

12 11 2007
ainaamardhiah

Salam.
Terima kasih sudi berziarah.
Mohon tunjuk ajar juga. Baru di tahap pucuk ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: