Bismillah, Pertama…

9 11 2007

Assalamualaikum, salam sejahtera.

1608803560_2125a9c7941.jpg

Pertama. Banyak perkara yang kita senang untuk menjadi ‘yang pertama’, langsung mahu sentiasa menjadi ‘yang pertama’. Entri pertama juga membuatkan saya berasa sangat senang untuk menintakan sesuatu yang saya maksudkan sebagai ‘berharga’. Namun, kerap kali juga kita tidak sedar bahawa kita sedang berada di dalam lingkungan yang ‘berharga’ itu (mungkin sehingga peluang itu berakhir, dan kita akan melihatnya pergi begitu sahaja?)

Banyak perkara pertama yang berlaku dalam hidup kita. Mungkin kita mengira yang pertama itu akan berulang, dan kita akan terus senang dan selesa di dalamnya. Namun, tahukah kita bahawa tidak akan ada sesuatu pun yang akan berulang sebagai yang pertama sepertimana hadirnya pada mula-mula itu. Bulan dan matahari yang silih bergantian, memungkinkan kita menikmati nafas pada malam dan siang yang sentiasa baru; sentiasa diperbaharui. Tetapi, setiap malam dan siang itu bukanlah sama seperti yang pertama kali bola mata kita melihatnya dulu. Berbeza, dan sedarilah bahawa tiada satupun perkara “pertama” yang berlaku dua kali. Kerana, perkara pertama yang diulangi buat peluang yang kedua ialah perkara “kedua”, setelah pertama pergi, dan tidak akan kembali menemui anda; selama-lamanya. Pertama akan menjauh dan semakin jauh meninggalkan anda. Hargailah setiap detik yang berlalu dalam hidup anda, kerana ia tidak akan berulang.

Semoga kita semakin memanfaatkan nyawa pemberian Tuhan. Moga kita bertambah sedar apakah itu ‘taqwa’ dan apakah itu ‘syukur’.

Alhamdulillah, Melati Jiwa sedang belajar berpucuk tumbuh.

Salam pena, salam dakwah.

Melati Andalusy; Pertama


Tindakan

Information

2 responses

18 11 2007
aNaK sOlEhAh

slm wbt.huhu tahniah kpd k.ainaa.teruskan ok.nk tanye kaki kucing sape tu..?cumil la..

18 11 2007
ainaamardhiah

Waalaikum salam. w.b.t
Alahai adik akak ni, terima kasih.
Itu kaki kucing yang disepahkan merata-rata, akak pun ambil la😉 (hihi)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: